ISU SEMASA

‘Kepada yang terlibat dalam gambar ini, segeralah mohon maaf secara terbuka sebelum menyesal kemudian hari’

Benda macam inilah yang menyebabkan agama Islam dipandang serong oleh penganut agama lain.

Seharusnya, sebagai umat Islam, kalian harus menunjukkan keindahan Islam dengan menghormati sensitiviti agama lain. Apakah perasaan kamu jika penganut agama lain mempersendakan agama Islam? B0doh jika anda tidak mempunyai perasaan m4rah kan? Begitu juga dengan penganut agama lain.

Bayangkan jika ada penganut agama lain mempersendakan Islam dengan menyerupai watak Nabi Muhammad s.a.w samada dalam bentuk karikatur, penulisan, persembahan teater dan drama atau apa cara sekalipun dengan niat memburuk-burukkan watak Nabi Muhammad s.a.w, semestinya anda akan m4rah kan? Lebih dahsyat lagi, kamu akan membuat laporan polis dari Perlis sampai ke Sabah malah membuat demonstrasi di hadapan Sogo!

Tinggi pun pelajaran kamu sampai ke menara gading jika tiada adab dan ketatasusilaan, maka sia-sia sahaja ibu bapa kamu menghabiskan duit. Akhirnya, kamu menjadi graduan yang tiada akhlak, adab dan kesopanan! Apa guna ilmu setinggi langit jika tidak dihiasi dengan adab mulia? Kamu ingat kamu belajar setinggi langit adalah lesen untuk kamu memperlekehkan agama lain? Sungguh cel4ka dan hin4 perangai kalian!

Lagi satu, kamu tahukah bahawa dalam gambar mural “The Last Supper” yang dilukis oleh Leonardo da Vinci itu ada menunjukkan Jesus duduk di tengah bersama-sama dengan Twelve Apostles (al-Hawariyyun)? Kamu tahu kan? Jangan menipu kalau kamu pura-pura tidak tahu! Dan kamu tahukah bahawa gambar mural tersebut menceritakan tentang akan adanya pengkhi4natan ke atas Jesus?

Dan kamu tahu bahawa Jesus merupakan tuhan yang disembah oleh penganut agama Kristian, apabila kamu mengambil gambar dalam posisi tengah seolah-oleh kamu membawa watak Jesus, apakah perasaan penganut agama Kristian? Kamu bukanlah tuhan yang disembah oleh penganut agama Kristian. Bahkan, sebagai umat Islam, adalah HARAM hukumnya menyerupai agama lain!

Sepatutnya, kamu harus ada sifat hormat-menghormati antara satu sama lain. Siapa kita untuk menganggap diri kita ini lebih agung dari penganut agama atau bangsa yang lain? Islam mengajar umatnya untuk meraikan perbezaan agama dan menghormati sesama manusia sejak 1400 tahun yang lalu. Ianya juga telah difirmankan oleh Allah s.w.t dalam petikan Surah al-Hujuraat!

Allah s.wt. telah berfirman: “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).” (Surah al-Hujuraat: 13)

Memang fahaman agama Islam dan Kristian sangat berbeza dari segi tauhid namun apakah kamu sewenang-wenangnya boleh mencerca sembahan agama mereka? Dalam Islam, menghin4 tuhan agama lain merupakan suatu hal yang sangat dilarang. Hal ini kerana ianya dapat menimbulkan ker0sakkan dan fitnah yang besar. Bukan hanya bagi dirinya sendiri namun juga terhadap Allah s.w.t. Sebagaimana firman Allah s.w.t dalam Surah al-An’am.

“Dan janganlah kamu mem4ki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, karena mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan. Demikianlah Kami jadikan setiap umat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudian kepada Tuhan merekalah kembali mereka, lalu Dia memberitakan kepada mereka apa yang dahulu mereka kerjakan.” (Qs al-An’am: 108)

Jika kamu menc3rca sembahan agama lain, maka lebih banyak c3rcaan yang akan dibalas kepada agama Islam. What goes around comes around. I’m a Muslim and grew up in a wonderful Christian family! Never once in my life ever thought to insult their religion! Belum pernah dalam hidup saya menghiina dan mencerca sembahan agama datuk, nenek, bapa saudara, ibu saudara dan sepupu saya! Malah saya sentiasa meraikan bersama-sama mereka namun ianya tidak sekali mengugat iman saya sebagai seorang Muslim. Jauh sekali mempunyai niat untuk memperleekehkan dan menceerca agama Kristian!

Kepada kalian yang mengambil gambar ini, belajarlah menjadi seorang Muslim yang dihormati oleh bukan Muslim. Adalah seeloknya kalian membuat kenyataan maaf secara terbuka kepada penganut agama Kristian sebelum anda dikenakan sebarang tindakan undang-undang.

Sesungguhnya perbuatan kalian memperlekehkan agama lain adalah satu perbuatan yang keeji dan terkuutuk. Bahkan berd0sa besar disisi agama Islam!

KALIAN MEMANG JIIJIK, HIINA DAN KURANG AJAR!

Respect is earned, not given!

Regards
Abdul Aziz Isa

Sumber: FB Abdul Aziz Isa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *