ISU SEMASA

Awie Luah Rasa Rimas Kanak-Kanak Datang Beraya Ke Rumahnya

Susulan pandemik C0VID-19, rakyat tidak dibenarkan untuk pulang ke kampung dan ziarah menziarahi seperti kebiasaannya.

Bagaimanapun, Datuk Awie berasa hairan bagaimanapun ibu bapa boleh membiarkan anak-anak keluar ketika di saat-saat genting ini.

Berdepan situasi dimana sekumpulan kanak-kanak yang datang berkunjung ke rumahnya pada 1 Syawal lalu, Awie mengakui tidak selesa apabila loceng pintu pagar berbunyi seawal pagi pada raya pertama baru-baru ini.

“Saya pelik bagaimana ibu bapa boleh biarkan anak-anak mereka keluar dalam situasi berb4haya pandemik C0vid-19 begini.

“Saya pun tak tahu dari mana datangnya kunpulan kanak-kanak itu dan beraninya ibu bapa benarkan anak mereka keluar beraya. Saya minta maaf banyak-banyak kerana perlu tegas dalam perkara ini,” katanya kepada Harian Metro.

Dalam pada itu, Awie berkata dia akur dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang diarahkan kerajaan. Malah, rumahnya

hanya dikunjungi oleh adik-beradik sahaja.

“Saya pun raya di rumah sendiri dan hanya pergi beraya rumah kakak. Pada hari raya pertama, rumah saya dikunjungi oleh adik-beradik sahaja.

“Manakala pada raya kedua, ada kawan-kawan datang bertandang tapi yang betul-betul rapat sahaja. Saya tak nak terima ramai

tetamu kerana bimbang orang yang tak suka saya buat laporan polis dan jadi isu pula nanti.

“Jadi baiklah jangan cari fasal. Kalau berlaku sesuatu nanti, silap-silap dikata ‘kluster Awie’ pula,” katanya.

sumber gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *