ISU SEMASA

“Pengurusan kuil Serdang akui ada majlis perkahwinan semalam” – Polis

Semalam ada segelintir pihak termasuk penjaga kuil berm4ti-m4tian menafikan sebarang majlis perkahwinan telah dijalankan di sebuah kuil di Seri Kembangan.

Malah wartawan MalaysiaGazette telah dikec4m dan gambarnya diviralkan kononnya telah menyiarkan berita palsu selain ada yang mend4kwa video viral itu peristiwa lama yang ditularkan semula.

Namun hari ini, pengurusa Kuil Nava Sakthi Durgai Amman Paandi membuat pengakuan sememangnya kuil tersebut telah menjalankan majlis perkahwinan antara 8 hingga 10 pagi semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Serdang, ACP Ismadi Borhan sebentar tadi, pihak pengurusan juga mengakui majlis itu telah berlangsung dengan kehadiran tetamu antara 20 hingga 30.

“Sebelum ini pihak kuil telah menafikan sebarang majlis perkahwinan telah berlangsung semalam selepas tularnya laporan berita berkaitan perkara ini.

“Tetapi selepas disiasat oleh polis Seri Kembangan, akhirnya pengurusan kuil ini mengakui tentang majlis tersebut. Siasatan sedang dijalankan di bawah S3ksyen 7 (1) PPPB 2020 dan siasatan lanjut mengesan kesemua suspek.

“Siasatan lanjut juga sedang dijalankan dan diminta semua pihak bertenang dan tidak mengeluarkan komen yang memecah belah keamanan sehingga mendatangkan kegusaran awam,” katanya dalam kenyataan di sini.

Ismadi juga mendedahkan siasatan dijalankan oleh pihaknya selepas menerima laoran pengadu bahawa gambar-gambar peribadinya telah disebar dalam beberapa laman sosial Whatsapp selepas pendedahan artikel ‘Majlis Perkahwinan dilangsungkan di kuil ibadat Taman Serdang Jaya.

“Video tersebut juga telah diambil oleh pengadu sendiri ketika hendak ke tempat kerjanya, pengadu risau dengan keselamatan dirinya serta meminta polis untuk segera menyiasat,” tegasnya.

MalaysiaGazette melaporkan sebuah kuil di sini dikunjungi hampir 100 penganut agama Hindu dipercayai bagi upacara perkahwinan walaupun kerajaan melarang perhimpunan termasuk di rumah ibadat berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi membendung pandemik C0vid-19.

Suasana sesak dikesan bermula 8 pagi semalam di rumah ibadat yang terletak di Jalan SR 5/5 Taman Serdang Raya semalam.

Kejadian disedari sekitar 10.15 pagi oleh salah seorang penduduk yang kebetulan memandu di kawasan berkenaan terkejut mendapati deretan puluhan kereta di hadapan kuil diikuti orang ramai berpakaian tradisional di dalam premis tersebut.

MalaysiaGazette difahamkan majlis perkahwinan itu telah berlangsung di sebelah pagi namun para hadirin masih tidak bersurai sehingga 11 pagi sambil berbual serta menikmati jamuan makan yang disediakan tanpa penjarakan sosial. –MalaysiaGazette

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *