ISU SEMASA

“C0VID-19 Memang Cuti Masa Raya Ye?” – Orang Ramai Ingkar PKP Siap Bersantai Tepi Pantai Beramai-Ramai

Hampir 200 orang yang mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mengunjungi Pantai Miami, Seberang Takir di Kuala Nerus hari ini untuk bersantai diarah meninggalkan kawasan itu.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Abdul Rahim Mat Din, berkata orang ramai diingatkan tidak berada dalam kelompok yang ramai bagi mengelak penularan w4bak C0VID-19 selain masih terikat dengan PKPB.

Beliau menegaskan, pihaknya tidak teragak-agak mengeluarkan kompaun kepada orang ramai yang degil dan sengaja mengingkari perintah terbabit.

“Setakat ini, polis masih menggunakan pendekatan nasihat dan amaran secara lisan, namun jika orang ramai terus berdegil serta ingkar, maka kita akan mengeluarkan kompaun terhadap mereka,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, Unit Ronda Bermotosikal (URB) dan Kereta Peronda membabitkan 12 anggota akan sentiasa melakukan rondaan berkala di kawasan tumpuan awam seperti pantai dan taman rekreasi sepanjang perayaan Aidilfitri hingga tamat PKPB.

Menurut beliau, langkah itu bertujuan memastikan orang ramai mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) PKPB, malah polis turut meronda kawasan taman perumahan dan kampung bagi memastikan arahan itu dipatuhi sepanjang Aidilfitri.

Antara Komen Netizen

Tinjauan di Pantai Miami jam 5 petang tadi mendapati deretan lebih 100 kereta diletakkan di sepanjang laluan pantai berkenaan hingga ke Pantai Teluk Ketapang sejauh lebih dua kilometer.

Malah, orang ramai merangkumi pelbagai peringkat usia termasuk kanak-kanak dan bayi, berada di kawasan itu tanpa rasa bimbang terhadap ancaman w4bak C0VID-19.

Tinjauan juga mendapati orang ramai langsung tidak mematuhi SOP PKPB apabila sebilangan besar tidak memakai pelitup muka atau mengamalkan penjarakan sosial.

Sumber : onlinemalaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *