ISU SEMASA

Boleh sebabkan K4NSER, CAP mahu kerajaan haramkan segera bedak talkum

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Kesihatan (KKM) mengharamkan bedak talkum dan produk berasaskan talkum di Malaysia.

Presidennya, Mohideen Abdul Kader berkata komponen utama di dalam bedak talkum ialah magnesium silicate hydroxide (yang dikenali umum sebagai bedak talkum) pembawa bahan toksik yang boleh menyebabkan tumor dalam ovari dan paru-paru.

“Bedak talkum digunakan secara langsung pada kulit sebagai penyerap yang berkesan untuk membantu menghilangkan bau dan memberikan sentuhan lembut. Talkum menyamai asbestos, ia terdapat dalam bedak bayi dan kosmetik seperti pembayang mata, pemerah pipi dan deodoran.

“Zarah-zarah talkum boleh sampai ke sistem pembiakan dan melekat pada lapisan ovari. Para penyelidik telah menemui zarah-zarah talkum dalam tumor ovari dan mendapati bahawa wanita penghidap k4nser ovari telah menggunakan bedak talkum pada alat sulit mereka, lebih kerap berbanding wanita yang sihat,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam.

Tambahnya, di Malaysia, k4nser ovari menjadi k4nser umum kelima dalam kalangan wanita, dengan kira-kira 500 pes4kit dikesan menghidap peny4kit itu setiap tahun.

Menurut Mohideen, bedak talkum juga berisiko tinggi menjejaskan paru-paru manusia kerana zarahnya yang halus mudah memasuki paru-paru, dan ia juga dibimbangi boleh menyebabkan saluran pernafasan bayi membengkak dan menyebabkan radang paru-paru.

“Statistik menunjukkan bahawa beberapa ribu bayi meniinggal dunia setiap tahun atau s4kit teruk kerana menyedut bedak bayi secara tidak sengaja. Talkum digunakan pada bayi kerana menyerap kelembapan yang tidak menyenangkan. Menyapu bayi dengan bedak talkum memb4hayakan paru-paru mereka,” katanya.

Beliau juga menasihatkan pengguna untuk menggunakan bedak yang diperbuat daripada tepung jagung atau tepung beras dan para ibu disaran menggunakan minyak sapu berbanding menggunakan bedak berubat untuk masalah ruam pada bayi. ― Bernama via cempedakcheese

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *