ISU SEMASA

Kerajaan PH berjaya turunkan harga telur ayam 2 sen

Kerajaan memberi jaminan harga telur ayam yang sebelum ini mengalami kenaikan ketara kembali stabil bermula hari ini.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin Ayub berkata, harga telur ayam setiap gred akan kembali diturunkan sebanyak 2 sen selepas satu kata sepakat dicapai bersama Persekutuan Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM) pada 14 Disember lalu.

“Pihak pengeluar telur ayam bersetuju atas cadangan kementerian untuk mengurangkan harga telur di peringkat ladang sebanyak 2 sen bagi menstabilkan harga di pasaran, serta memastikan bekalan telur ayam,” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

Salahuddin seterusnya mengesahkan kesemua ladang telur ayam yang sebelum ini disyaki menghadapi masalah peny4kit selsema burung kini bebas daripada j4ngkitan viirus Aviian Influ3nza H5 dan H7.

Katanya, masalah tersebut menjadi salah satu faktor berlakunya pengurangan pengeluaran telur ayam ke pasaran, terutamanya di bahagian utara Semenanjung.

“Ladang yang dilapor mempunyai kadar kem4tian yang tinggi ayam tidak dibenarkan menjual telur sehingga siasatan dan keputusan makmal mengesahkan tiada jangkitan peny4kit. Keadaan ini menyebabkan berlaku pengurangan bekalan telur sebanyak 3%.

“Selain itu kenaikan kadar tukaran wang asing dolar AS berbanding dengan Ringgit yang berada pada paras RM3.86 pada April 2018 meningkat ke RM4.18 pada November.

“Ini memberi kesan kepada kenaikan bahan makanan ternakan yang diimport dan seterusnya meningkatkan kos pengeluaran telur. Secara langsung ia memberi kesan kenaikan harga telur di ladang sebanyak 5%,” katanya lagi.

Sebelum ini timbul dakwaan mengatakan wujud kartel di sebalik kekurangan bekalan telur ayam yang dikatakan menjadi punca kenaikan harganya sejak kebelakangan ini.

Harga telur dilaporkan meningkat lebih 10 sen sejak 2 bulan lepas.

Usahawan runcit terkenal, Datuk Ameer Ali Mydin sebelum ini dilaporkan mencadangkan supaya kerajaan menguatkuasakan pengharaman sementara eksport barangan perlu apabila bekalannya berkurangan.

Bagaimanapun seorang pakar ekonomi dari Institut Demokrasi dan Hal-ehwal Ekonomi menolak cadangan itu, malah sebaliknya mencadangkan pasaran dibuka kepada pengeluar asing untuk menstabilkan harga telur ayam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *