kisah rumahtangga

Tolonglah suami, isterimu bukan orang gaji. Bukan bibik dab bukan adik2 yang kau selalu suruh. Semua benda nak tersedia rapi depan mata

Realiti rumah tangga sebenar. Usia perkahwinan baru nak masuk setahun tapi aku makin meluat dan dh mula rasa benci suami aku sendiri. Tolonglah suami, isterimu bukan orang gaji.

Bukan bibik dab bukan adik2 yang kau selalu suruh. Semua benda nak tersedia rapi depan mata. Kejut sahur pun dipanggilnya bodo sebab benci aku kacau dia tidur. Dahlaa semua dh terhidang dekat dapur lepastu mengamuk macam apa!

Nafkah sekali pun tak bagi dan aku tak pernah mintak! Sebab aku tahu kau tak kerja & duit tak ade. Yang tukang hulurnye aku sendiri. Tapi dok komplen baju buruk, baju dalam tak sksi macam2 lah hulurnya kedekut.

Duit bantuan habisnya pergi beli barang motor weh! Menangis aku dapat orang tak pikir susahnya cari duit. Hari2 aku kena pikir cari customer. Sbb aku buat side income jd dropship je skrg.

Bukak baju seluar campak je merata. Makan dalam bilik dibiarnya sampai kesudah. Kalau aku tak amik esoknya sampai kiamat lah kat situ je. Tolonglah jangan rasa semua benda org nak sediakan. Punca? Dari rumah asal dia sendiri.

Pergi sana suruh adik amekkan air layan mcm raja. Mertua pulak suruh adik cedokkan nasi buat semua benda utk abgnya. Dari situ manjakan anak sampai anak pun naik lemak lupa diri. Tolonglah wahai mak mak janganlah manjakan anak bujang tu!

Lagi kita bising lagi mengamuk. Rasa diri suami tak pernah salah. Rasa dia raja kita ni hamba yang nak kena buat semua yang dia suruh. Aku takut sabar aku hilang. Tawar hati sikit2 dah rasa. Aku sayang suami aku. Tapi aku tak tahu sampai bila aku boleh bertahan

Sumber : kisahrumahtangga.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *