ISU SEMASA

Selepas ramai yang tidak berpuas hati isu tiada bonus untuk pekerja tahun ini, ini penjelasan dari Pos Malaysia

Pos Malaysia Berhad memberi bayangan ketiadaan pembayaran bonus buat kakitangannya tahun ini susulan masalah kewangan yang dihadapi akib4t penular4n wab4k Cov1d-19.

Menurut sumber syarikat itu, pihak pengurusan ketika ini sebaik mungkin sedang cuba memperimbangkan keadaan aliran tunai atau “cash flow”.

“Ketika ini pengurusan ‘cash flow’ syarikat sampai ke tahap harian ketika ini, di mana segala perbelanjaan keluar dirancang sebaik mungkin supaya perkara-perkara seperti gaji tidak terjejas.

“Pada ketika ini, keadaan kewangan, ‘cash flow’ syarikat tidak mengizinkan untuk sebarang bonus

“Pos Malaysia pasti sentiasa memantau keadaan ‘cash flow’ syarikat, dan akan mengadakan sebarang perubahan sekiranya ada,” katanya kepada Malaysiakini, hari ini.

Sebelum ini tular di media sosial mengenai seorang posmen yang sedih dan terduduk ketika hujan selepas selesai menghantar surat apabila dimaklumkan tiada pembayaran bonus buat kakitangan Pos Malaysia tahun ini.

Kesedihan posmen yang tular di media sosial itu mendapat perhatian warganet yang rata-ratanya bersimpati.

Namun, semua maklum bahawa pelbagai sektor ekonomi di negara ini terjejas ketika ini akibat penular4n w4bak Cov1d-19.

Malah, hampir kesemua sektor perniagaan juga terjejas apabila kerajaan terpaksa melaksanakan perintah kawalan pergerakan (PKP) bagi memutuskan rantaian v1rus.

Dalam pada itu sumber memaklumkan bahawa tiada pembuangan pekerja akan dilakukan syaraikat itu meskipun berdepan situasi sukar.

“Tiada skim pemisahan sukarela (VSS) ataupun buang pekerja,” katanya lagi.

Jelasnya sistem kewangan Pos Malaysia terbahagi kepada empat segmen iaitu, kurier atau pos laju, surat, retail runcit atau transaksi di pejabat pos dan perniagaan antarabangsa.

Menurutnya, berlaku peningkatan bagi segmen kurier atau pos laju, namun tiga segmen lagi mencatatkan penurunan yang ketara.

“Walaupun peningkatan di kurier atau pos laju adalah tinggi, tapi penurunan segmen surat adalah 50 peratus manakala penurunan dua segmen lagi adalah lebih dari 60 peratus dari 18 Mac hingga kini,” jelasnya.

Malaysiakini difahamkan, Pos Malaysia telah memberi bantuan sebanyak RM250 kepada kira-kira 23,000 kakitangannya sempena bulan Ramadan bagi meringankan beban.

Sumber : malaysiakini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *