ISU SEMASA

Ustaz Ebit dedah diugut orang berkuasa sejurus viral beri bantuan di Kedah

Perkongsian Ustaz Ebit Lew atau nama sebenarnya, Ebit Irawan Ibrahim Lew sekali lagi mendapat perhatian warganet.

Beliau dilihat meluahkan perasaan yang mungkin sudah lama dipendamkan di hati sehingga beliau sendiri sebak mengalirkan air mata.

“Saya takde sokong mana-mana parti. Saya pun takde sokong mana-mana orang.

“Saya tak kisah bangsa apa, agama apa, daripada dulu lagi.

“Saya susah nak benci orang daripada dulu lagi. Saya susah nak lawan orang. Saya susah nak kata sapa-sapa. Saya susah nak berg4aduh sapa-sapa.

“Tapi kebelakangan ini orang tak berhenti datang, semua orang nak cari ga4duh dengan saya.

“Semua orang nak cakap bukan-bukan dekat saya. Mesej yang bukan-bukan. Cakap bukan-bukan.

“Yang uguut saya pun ada jugak. Uguut saya yang bukan-bukan.

“Saya pun macam sedih. Yang uguut macam-macam orang ada. Cakap dekat saya, ada orang besar, ada orang berkuasa, uguut saya.

“Saya jadi mac.. Saya jadi sedih..

“Saya memang tak takut siapa-siapa daripada saya kecik. Saya tak ta4kut siapa-siapa. Saya cuma tahu hidup saya Allah yang tentukan.

“Ma4ti saya Allah yang tentukan, saya tak ta4kut siapa-siapa.” luah Ustaz Ebit Lew sehingga beliau menangis mengalirkan air mata.

Sebelum ini Ustaz Ebit teruk dikecam oleh pegawai Menteri Besar Kedah dan penyokong Pakatan Harapan (PH) dengan dakwaan memberi sumbangan di kawasan jajahan mereka tanpa meminta izin.

Ustaz Ebit juga dilabel sebagai ri4ak oleh Ustaz Abu Syafiq kerana merakamkan aksinya memberi sumbangan kepada orang miskin.

Selain itu beliau juga difitn4ah menyelewengkan wang sumbangan orang ramai untuk membeli kereta mewah oleh individu yang sama selain dituduh sebagai k4afir.

Netizen sempat memberikan kata-kata semangat kepada Ustaz Ebit dan menasihatkan agar tidak menghiraukan ‘orang besar’ atau ‘orang berkuasa’ tersebut.

Rata-rata netizen meneka orang besar atau orang berkuasa yang dimaksudkan adalah pegawai-pegawai politik Menteri Besar Kedah yang sebelum ini mengec4am Ustaz Ebit ketika memberikan sumbangan kepada keluarga malang Pak Aq sehingga beliau dipanggil hadir ke Bukit Aman.

Sedikit sebanyak tentulah terbentak hati Ustaz Ebit kerana beliau hanya datang untuk membantu, bukan untuk berpolitik sehingga diser4ang dan diadukan kepada pihak polis. Padahal yang dibantu adalah sesama Islam. – Cinca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *