ISU SEMASA

Tiada lagi tawaran menyanyi, isteri pula lumpuh, rumah tangga Rahmat Rabbani diduga saat ini

Berkali-kali dipujuk oleh wartawan, akhirnya Ahmad Shafie atau lebih dikenali sebagai Rahmat Rabbani, membuka mulut.

Rahmat memberitahu bahawa kehidupan mereka sekeluarga agak tenat sekarang ini, setelah isterinya, Norazlina A. Rahman, 48 mengalami masalah str0k.

Sejak dua bulan lalu, ibu kepada empat anak itu tidak lagi mampu menjalani kehidupan dengan sempurna.

Kesan terj4atuh di bilik air pada awal Mac lalu, doktor mengesahkan Norazlina mengalami kelumpuhan separuh anggota badan, selain pend4rahan di kepala dan kerap berulang-alik ke hospital.

“Ini dugaan buat kami sekeluarga apabila saya juga semakin susah untuk bergerak kerana perlu menjaga isteri di rumah. Saya sendiri sudah tidak ada punca pendapatan apabila Rabbani tidak lagi dipanggil untuk membuat persembahan pentas sejak awal tahun lalu.

“Sepanjang 2019 juga, persembahan sangat terhad dan lebih kepada undangan berbentuk amal sahaja.

“Dalam keadaan tidak ada pekerjaan dan kini isteri pula s4kit, memang dugaan ini agak berat untuk kami sekeluarga, ” kata Rahmat, berkongsi sedih.

Kehidupan keluarga Rahmat sebelum ini banyak bergantung kepada tawaran persembahan pentas bersama Rabbani sejak lebih 20 tahun lalu.

Hidup sebagai artis ada pasang surutnya, sementelah tiada pendapatan tidak tetap seperti pekerja di sektor awam dan swasta lain.

Keadaan diburukkan lagi dengan tra4gedi p4andemik C0ovid-19, di mana semua orang perlu duduk di rumah dan mematuhi arahan PKP pada pertengahan Mac 2020.

“Pada ketika tiada tawaran persembahan sebelum ini, isteri saya turut membantu ekonomi keluarga dengan menjual masakan tradisi Terengganu seperti nasi dagang dan laksam.

“Bagaimanapun kini keadaan berubah 100 peratus apabila dia sendiri sudah kurang bermaya dan saya sendiri tidak boleh ke mana-mana untuk mencari rezeki buat menampung belanja keluarga.”

Rahmat berharap agar ada pihak yang sudi membantu dia dan isteri yang memerlukan kos sebanyak RM1,500 sebulan bagi keperluan ubat-ubatan, lampin pakai buang dan keperluan lainnya.

Pendakwah muda, Sheikh Mohammad yang sempat menziarahi Rahmat di kediamannya di Damansara, Petaling Jaya, Selangor turut menyampaikan barangan keperluan asas termasuk lampin pakai buang untuk kegunaan Norazlina.

Menurut Sheikh Mohammad, sudah sekian lama Rahmat menghiburkan hati rakyat Malaysia melalui lagu-lagu berunsur ketuhanan dan keagamaan.

Banyak nasihat yang baik disampaikan bersama kumpulan Rabbani kepada masyarakat.

“Jadi pada ketika Rahmat dan keluarganya sedang dilanda dugaan besar, kita berharap agar semua pihak dapat tampil membantu. Kita usahakan untuk memberi sumbangan serba sedikit kepadanya agar dia dapat melepasi ujian dan dugaan ini dengan baik dan kembali bangkit.

“Percayalah setiap sumbangan yang anda berikan akan mendapat ganjaran setimpal di kemudian hari kerana Allah SWT berjanji bahawa tidak akan jatuh miskin insan-insan yang sering bersedekah, ” jelas pengasas Laksa Ustaz ini.

Mereka yang ingin membantu meringankan beban Rahmat dan isteri boleh hubungi talian 019-2336602 untuk mendapatkan nombor akaun.

Sumber : mStar Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *