Infomaklumat

Whatsapp Akan Menyokong Group Video Call Sehingga 8 Orang Dalam Satu Masa Tidak Lama Lagi

Jika sebelum ini Whatsapp hanya membenarkan 4 pengguna dalam satu panggilan video dan suara. Jumlah yang sedikit itu membuatkan pengguna telefon pintar beralih arah kepada aplikasi lain seperti Facetime dan Zoom yang membenarkan jumlah pengguna yang ramai dalam satu masa.

Terbaru, Whatsapp dikatakan telah menguji penggunaan panggilan video dan suara sehingga 8 orang. Berita itu disahkan sendiri oleh Whatsapp.

Dengan kebolehan ini, ia sekaligus memudahkan pengguna membuat panggilan suara atau video di antara rakan-rakan terus melalui WhatsApp. Whatsapp sehingga hari ini dilaporkan mempunyai lebih 2 bilion pengguna seluruh dunia.

WhatsApp turut mengatakan, semua panggilan suara dan video ini hadir dengan sistem keselamatan yang lebih ketat, sekaligus mengelak orang lain mendengar perbualan anda.

Walaubagaimapun ciri ini akan diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pengguna WhatsApp. Yang penting kena update aplikasi Whatsapp anda dulu ya!

Sumber : cempedakcheese.cc

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *