ISU SEMASA

“Rakyat dah muak dengar cerita politik” – Perdana Menteri

Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin berkata rakyat Malaysia kini sudah muak untuk mendengar cerita-cerita politik.

Menurutnya, beliau kini memberi tumpuan dalam menangani krisis C0ovid-19, berbanding mengulas isu-isu politik seperti keabsahan kerajaan Perikatan Nasional yang diterajuinya.

“Saya dalam kerajaan, sejak awal saya duduk di kerusi PM saya tak fikir soal politik. Rakyat tak nak dengar dah, dah muak cerita-cerita tu.

“Yang mereka nak tahu apa kerajaan buat, apa PM, jemaah menteri, pentadbiran ni laksanakan untuk menangani isu penting yang mereka hadapi

PUTRAJAYA, April 25 — Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin during special interview at his office at Perdana Putra today. –fotoBERNAMA (2020) COPY RIGHTS RESERVED

“Saya tak ada dalam kenyataan sebelum ni, hatta sekarang ni, nak mengulas soal-soal berkaitan politik.

“Nanti orang kata soal C0ovid-19 tak selesai, dia cerita soal parti dia, gabungan dia, kerajaan dia, keabsahan dia, ni rakyat tak minat. Saya faham tentang itu,” katanya.

Muhyiddin berkata demikian dalam wawancara dengan RTM dan Astro Awani malam ini.

Februari lalu, Muhyiddin yang merupakan presiden Bersatu mengumumkan parti itu keluar daripada Pakatan Harapan (PH) bagi membentuk sebuah gabungan kerajaan baru.

Bagaimanapun, pengerusi Bersatu, Dr Mahathir Mohamad kemudian meletakkan jawatan sebagai perdana menteri selepas tidak bersetuju dengan langkah tersebut.

Krisis politik selama seminggu itu menyaksikan negara tidak mempunyai kerajaan.

Yang di-pertuan Agong akhirnya memilih Muhyiddin sebagai perdana menteri selepas menerima sokongan daripada BN, PAS, GPS, kumpulan penyokong dari Bersatu dan anggota parlimen PKR yang diketuai Azmin Ali.

Bagaimanapun, PH mempersoalkan dakwaan Muhyiddin mendapat sokongan majoriti dalam Dewan Rakyat.

Muhyiddin juga menghadapi masalah dalam partinya sendiri, apabila Mahathir memilih untuk berada dalam blok pembangkang di parlimen, menandakan kali pertama dalam sejarah sebuah parti berada dalam blok kerajaan dan pembangkang.

Muhyiddin mengisytiharkan pelaksanaan PKP selepas 17 hari mengambil alih jawatan perdana menteri apabila kes jaangkitan C0ovid-19 meningkat secara mendadak.

Perintah itu dilanjutkan sehingga 12 Mei dan setakat ini jumlah kes jaangkitan C0ovid-19 menunjukkan penurunan.

Kerajaan PN menghadapi tugas sukar untuk memulihkan semula ekonomi yang telah terjejas teruk akibat waabak berkenaan dan penguatkuasaan PKP.

Sumber : malaysiakini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *