Hiburan

Nora Danish Kantoi Edit Gambar Untuk Kempiskan Perut Dan Tampil Langsing?

Meskipun sudah bergelar ibu kepada dua cahaya mata, namun kecantikan semula jadi Nora Danish tidak dapat disangkal lagi. Memiliki wajah ‘baby face’, ramai wanita cemburukan bentuk badannya yang persis seperti anak dara.

Bagaimanapun, baru-baru ini kecoh apabila netizen mendakwa pelakon itu kantoi menyunting gambarnya secara keterlaluan untuk kempiskan perut dan tampil langsing.

Turut dikongsikan netizen itu perbezaan gambar yang dikongsikan oleh Nora dan satu lagi gambar yang dimuat naik di Instagram seorang jurusolek.

Kelihatan gambar yang dikongsikan oleh jurusolek itu perut Nora kelihatan buncit namun gambar yang dimuat naik oleh Nora sendiri nampak langsing pula.

Perkongsian netizen itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen, suntingan Nora itu keterlaluan sehingga ada bahagian yang nampak senget. Namun, ada yang mengatakan ianya adalah normal untuk menyunting gambar sebelum memuat naik di media sosial.

Rasanya bukan Nora sahaja yang akan ‘edit’ gambar untuk kelihatan lebih cantik, ramai je mereka di luar sana turut melakukannya. Apa pun edit ke tak edit ke, Nora memang tetap cantik.

SUMBER BEAUTIFULNARA via rotikaya.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *