ISU SEMASA

(Video) “Cakap bahasa Malaysia pun gagap, ada hati nak minta hak sama rata dengan orang Malaysia” – Video ucapan presiden Rohingya dihentam berjemaah netizen

Masih lagi belum reda dengan isu pelarian etnik Rohingya yang dikatakan telah meminta hak sama rata kepada kerajaan Malaysia.

Menurut laporan, Presiden kepada Myanmar Ethnic Rohingya Human Rights Organization Malaysia (MERHROM) iaitu Zafar Ahmad Abdul Ghani teruk dihentam di media sosial berikutan tersebarnya surat yang meminta beberapa kelonggaran buat pelarian Rohinya kepada kerajaan Malaysia.

Pening nak faham dia cakap

Bengang dengan pemohonan etnik tersebut yang dikatakan lupa daratan, rakyat Malaysia terus mengecam presiden organisasi itu terutamanya berhubung video dimuat naik Zafar yang bercakap menggunakan bahasa Melayu yang pekat dengan pelat Rohingya.

Zahirkan ucapan terima kasih kepada Malaysia

Walaubagaimana pun video tersebut merupakan video yang dibuat untuk memaklumkan bahawa ramai puak Rohingya tidak mendapat bantuan ekoran organisasi mereka sendiri tidak mampu untuk memberikan kepada ratusan ribu pelarian mereka di Malaysia.

Dalam pada itu, Zafar turut mengucapkan terima kasih kepada Malaysia di atas bantuan yang dihulurkan serta menggesa semua pelarian Rohingya mematuhi PKP.

Video kontr0versi yang dibuat oleh Zafar telah mengundang pelbagai reaksi dari rakyat Malaysia apabila ramai yang mempertikaikan penggunaan bahasa Malaysia itu yang kurang bagus tapi perasan mahukan pelbagai kelonggaran di Malaysia sama seperti penduduk asal dan warganegara Malaysia.

Macam biasa, netizen kita memang terkenal dengan skuad bawang yang akan pergi menghentam sesiapa saja yang buat perkara yang tidak sepatutnya.

Sumber : Zulhakimi Nordin via hiburan.allhmt.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *