ISU SEMASA

Rakyat Semakin Terhimpit Bebanan Kewangan, Rayu Kerajaan Benarkan Pengeluaran Akaun 1 KWSP

Penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan C0V1D-19 yang kini bakal memasuki fasa keempat menyebabkan ramai rakyat yang terjejas dari segi pendapatan.Terutamanya mereka yang bergaji bawah RM3000 sebulan.

Walaupun kerajaan telah membenarkan pengeluaran sebahagian wang dari akaun 2 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), ramai yang mengeluh kerana mereka tidak memenuhi syarat untuk berbuat demikian.

Antara sebabnya adalah baki wang dalam akaun 2 KWSP tidak mencukupi untuk membuat pengeluaran melalui skim i-Lestari.

Wang dalam akaun tersebut telah digunakan untuk membeli rumah, membiayai kos pendidikan anak-anak atau kos perubatan.

Sehubungan itu, seorang netizen dalam kumpulan Facebook Tan Sri Muhyiddin Yassin PM8 merayu kepada kerajaan untuk membenarkan pencarum mengeluarkan sebahagian wang dari akaun 1 KWSP bagi tujuan tertentu seperti membayar tunggakan sewa rumah.

Cadangan itu menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen di mana sebahagian besar daripada menyokong agar Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi pertimbangan sewajarnya.

Ada juga netizen yang menyarankan supaya pencarum KWSP yang berdepan masalah kewangan akibat PKP mencari alternatif lain terlebih dahulu seperti bantuan zakat dari Baitulmal.

Rakyat hanya mampu memberi cadangan dan kata pemutus terletak pada kerajaan yang perlu mengkaji dari pelbagai sudut.

Jika ditanya pendapat admin,admin sendiri setuju sebab harga barang sekarang bukan murah,even kerajaan ada bagi bantuan, tapi sewa bulanan rumah semua tetap berjalan macam biasa

kredit : – Forum CARI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *