ISU SEMASA

Ustaz Abu Syafiq juga ingin mendaftar persatuan dan minta pendapat netizen nama apa yang sesuai untuk Kutip Derma Dan Beri Sumbangan Pada Fakir Miskin

Ustaz Abu Syafiq mencuuri perhatian ramai apabila memuat naik status yang menyatakan meletak gambar dan video orang miskin yg susah sehingga memalvkan dia adalah ‘a1ib. Har4m!

Ramai yang berkata status ini ditujukan kepada Ustaz Ebit, tapi sejauh mana kesahihannya masih belum pasti kerana tiada kenyataan rasmi daripada Ustaz Abu. Ramai yang membuat kesimpulan begitu kerana status itu ditulis setelah Ustaz Ebit memuat naik gambar selepas memberi sumbangan kepada suatu keluarga di utara semenanjung.

Tidak pasti status itu ditujukan kepada siapa. Namun diharapakan jika ada yang tidak kena atau tidak berpuas hati. Bersemuka lah dan jangan hanya muat naik di media sosial kerana ianya hanya akan menimbulkan fitnah dan syak wasangka orang ramai.

Semalam Ustaz Abu Syafiq, ada buat siaran langsung menjelaskan apa yang bermain di benak netizen.

Ustaz Abu Syafiq beritahu untuk memberi sedekah mesti melibatkan 3 ini.
Pusat Zakat Setempat
Masjid Setempat
YB kawasan tersebut

Penjelasan ini adalah supaya tidak berlaku fitnah atau syak wasangka ramai bahawa keluarga yang susah itu tidak pernah di bantu. Oleh yang demikian 3 pihak ini hendaklah turut serta dalam menyampaikan sumbangan.

Berkenaan isu status yang dimuat naik oleh Ustaz Abu Syafiq semalam, beliau menjelaskan status tersebut adalah untuk persatuan yang berada di negara luar dan kesannya ade berlaku di negara Malaysia iaitu kumpul duit derma tapi tidak disalurkan dengan betul dan dibelanja untuk kepentingan pemilik pertubuhan tersebut.

Menjawab mengenai Ustaz yang ditanyakan kepadanya, Ustaz Abu Syafiq jelaskan beliau tidak ambil tahu langsung dan tidak pernah berjumpa. Beliau menjelaskan juga status `Meletak gambar dan video orang miskin yg susah sehingga memalukan dia adalah ‘aiib. Haaram!.

bukan ditujukan kepada siapa-siapa didalam negara ini. Ustaz Abu juga beritahu beliau tidak tahu menahu ada gambar atau video seorang Ustaz memberi sumbangan dan Ustaz Abu hanya fokus pada fatwa.

Semoga penjelasan ini dapat membantu netizen.

Hari ini bila dibuat tinjauan ke akaun Facebook milik Ustaz Abu Syafiq, ada satu status yang meminta pendapat orang ramai untuk nama persatuan.

Saya bercadang nak buat Pertubuhan agar boleh kutip derma dan sumbangkan kpd fakir miskin dgn kerjasa pihak atasan. Tolong bagi idea nama pertubuhan. Yg jiwang2 sket. Jangan maaki pulak. Nanti R.O.S tak terima. Susah saya nak jawab kang!

Tidak pasti sama ada Ustaz Abu Syafiq hanya bergurau atau betul-betul serius untuk mendaftar persatuan. Apa pun yang dilakukan semoga dipermudahkan dan mendapat keredhaan Allah..Amin..

Artikel Olahan RJ

artikel dari penakita.pw

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *