ISU SEMASA

Majlis Rohingya gesa kerajaan Malaysia pertimbang dasar tolak bot pelarian

Duta Majlis Rohingya Eropah ke Malaysia, Tengku Emma Zuriana Tengku Azmi menggesa Putrajaya mempertimbangkan semula dasar menolak bot sarat dengan pelarian Rohingya daripada memasuki perairan negara.

Ini susulan dua laporan pihak berkuasa menghalang kemasukan bot pelarian Rohingya minggu ini, dengan kawalan kemasukan lebih ketat akibat Co0vid-19 yang dinyatakan dalam kedua-dua kejadian itu.

“Walaupun kami memahami cabaran dihadapi kerajaan Malaysia ketika penularan itu (C0ovid-19), kami ingin meminta kerajaan Malaysia mengubah fikiran atas dasar kemanusiaan bagi minoriti paling tertindaas di dunia menurut Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

“Kami meminta kerajaan di rantau ini, khasnya anggota Asean, membenarkan mereka mendarat dengan selamat (dan) untuk segera bersetuju dengan langkah kecemasan bagi mengelakkan satu lagi krisis kemaanusiaan sambil bertolak ansur terhadap sekatan C0ovid-19 sedia ada di sempadan mereka.”

Tentera Laut Diraja Malaysia menyeekat sebuah bot yang membawa kira-kira 200 pelaarian Rohingya daripada memasuki perairan negara pada 16 April lalu.

Sehari sebelum itu, pegawal pantai Bangladesh memintas sebuah kapal pukat tunda sarat dengan pelarian Rohingya yang didaakwa maangsa terseelamat, bot itu terkandas di Teluk Benggala lebih 2 bulan selepas dihaalang memasuki perairan Malaysia.

AFP memetik pelarian terselamat sebagai berkata, 60 etnik Rohingya maaaut dalam bot yang sarat dengan ratusan orang itu dan “maaayat mereka dibuang ke laut”.

Lebih 740,000 etnik Rohingya melaarikan diri ke Bangladesh selepas kegaaanasan etnik dan agama di Myanmar pada 2017 yang menyebabkan negara itu didaakwa melakukan pembuuuunuhan beramai-ramai di mahkamah tertinggi PBB pada Januari lalu.

Sementara itu, Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) menggesa PBB dan Asean memberi tekanan kepada Myanmar untuk “menghentikan seraaangan genosid ke atas Rohingya dan memberi kewargaanegaraan kepada etnik Rohingya di Myanmar”.

“PBB dan Asean perlu menangani punca masalah ini secara khusus. Jika tidak, Asean akan terus menerima bot yang sarat dengan pelaaarian,” kata Presiden Merhrom, Zafar Ahmad Abdul Ghani dalam kenyataan hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *