ISU SEMASA

“Maafkan saya Pak Ishak Darus ye…” – Ustaz Abu Syafiq pula bersuara pasal Pak Ishak

“Banyak pula saya dengar cerita yang kurang enak pasal beliau dan dikaitkan pula dengan ahli keluarganya pula..dikatakan pemalaslah…ada kaitan dengan dad4hlah..duduk tanah har4mlah..

Anak-anak dia tinggalkan dialah… ditinggalkan disitu bersama cucunya yang ramai…Tak mahu bangkit hidup berdikari dan macam-macam lagi…

Semua itu cerita orang.

Saya kata dalam diri saya itu semua fitn4h tak betul. Mulut orang mana boleh ditutup. Pak Ishak Darus mungkin lebih mulia dari kita..mana tahu dia masuk syurga lebih awal dari kita..itupun kalau kita ahli syurga. Kurang hisabnya tak banyak soalannya.

Dulu saya pakai spek mata. Nak ganti bingkai baru lawa sket..saya plan nak bingkai warna macam emas..saya tanya Guru saya boleh ke halal ke? Sebab bukan bingkai emas tapi warna mcm emas..sbb saya suka warna emas…

Guru saya jawab Bila kamu bertemu orang miskin dia akan rasa rendah diri dan rasa kamu hebat tak? Saya jawab Ya mungkin. Guru saya kata Jangan pakai bingkai kaler macam Emas tu nanti terasa hati orang miskin. Kasihan mereka…

Ya Allah…sampai skrg sy ingat jawapan guru saya tu. Demi Allah! bertahun dan sampai saya tak pakai spek mata dah skrg. Masih sy ingat.

Nabi bersabda Ya Allah Hidupkan daku dalam lubuk orang-orang miskin.

Saya sampai skrg tertanya kenapa Nabi doa mcm tu yerk…sebab apa saya yg belajar tinggi tak tahu…tapi saya nak rasa…saya akan cuba utk rasai…saya dah try…memberi sambil mengalakkan orang lain memberi…

paparkan kpd orang…niat utk galakkan..utk pembuktian..tapi saya belum dapat rasa erti doa Baginda tuh..

Susah nak didik diri saya ini betul2 ikhlas..sayalah..bukan orang lain..hati saya lain.. Sufyan Ath-Thauri selalu bagitau 40 tahun Aku didik diri aku untuk ikhlas..sekarang baru kutemui.

Subhanallah..40 tahun untuk ikhlas? Untuk rasai ikhlas?! Ya Allah..moga saya yang hi1na, jah4t, berl4gak, dan somb0ng ini satu hari nanti kecapi ikhlas yang murni.

Maafkan saya Pak Ishak Darus ye…”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *