ISU SEMASA

Dua Orang Dukun Guna Penyapu Lidi Untuk ‘Halau’ C0V1D-19 Dari Muka Bumi

Dua orang bomoh atau lebih dikenali sebagai dukun di Indonesia iaitu Mbah Suwardi dan seorang lagi rakannya Sukino telah melakukan satu ritual untuk mengusir waabak C0OVID-19.

Kedua-dua bomoh ini terpanggil untuk melakukan ritual ini selepas melihat situasi waabak C0OVID-19 yang telah melumpuhkan sistem ekonomi dan telah membuatkan hidup rakyat berada dalam kesusahan.

Menurut laporan dari blog Teras melaporkan bahawa ritual ini diadakan pada jam 12.15 di tengah Alun-alun. Mereka berdoa dengan gaya Jawa sambil menggunakan 5 batang penyapu lidi yang dicucuk dengan bawang, cili merah dan kunyit dihujungnya.

“Ritual ini adalah untuk berdoa kepada Tuhan agar waabak co0rona segera hilang. Agar penduduk Sragen bebas dari semua penyaakit yang membimbangkan,” katanya.

Bomoh dari Karangmalang mengatakan bahawa Alun-alun dipilih sebagai lokasi ritual kerana merupakan pusat kota dan merupakan titik 0 kilometer dari Kabupaten Sragen.

Mereka turut berharap keadaan ekonomi dan kesejahteraan rakyat segera pulih seperti sebelumnya. Kerana pada masa ini keadaan bangsa dan wilayah benar-benar merosot.

“Ini juga peringatan bagi semua manusia. Supaya mereka merenung, tidak melakukan kejahatan dan melakukan maaksiat dan sentiasa memperhatikan Gusti Allah,” katanya.

Sementara itu, Sukino turut meminta semua ahli masyarakat untuk saling berdoa kerana bagi beliau, doa orang lain akan lebih ikhlas dan lebih didengar oleh Tuhan.

“Mungkin ritual ini tidak masuk akal, tetapi orang Jawa selalu memberi nasihat untuk melakukan sesuatu seperti ini jika terjadi gangguan,” katanya.

Sumber : the vocket

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *