ISU SEMASA

Tidak memadai sekadar minta maaf, langgar PKP perlu bayar kompaun RM1,000

Menteri, Timbalan Menteri, Exco dan Timbalan Speaker yang melanggar Perintah kawalan Pergerakan (PKP) perlu membayar kompaun RM1,000.

Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, permohonan maaf sahaja tidak memadai.

“Tidak memadai mohon maaf! Menteri/ Timbalan Menteri/ Timbalan Speaker yang langgar PKP sila bayar kompaun. Setuju, mohon RT @KKMPutrajaya,” tulisnya di Twitter.

Terdahulu tular di media sosial gambar Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO dan Masyarakat Sivil Perak, Razman Zakaria bersama Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali dan beberapa individu menghadiri jamuan di sebuah Maahad Tahfiz di Lenggong ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Bagaimanapun, semalam Razman menerusi laman Facebooknya memohon maaf kepada seluruh rakyat atas kekhilafan dirinya.

Selain beliau, turut tular gambar Timbalan Speaker, Datuk Mohd Rashid Hasnon yang sedang menikmati juadah dengan beberapa orang termasuk Pegawai Daerah Batu Pahat selepas menyampaikan sumbangan di Parlimen Batu Pahat.

Sebelum ini, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi amaran kepada orang ramai agar mematuhi arahan PKP atau berdepan dengan huukuman yang lebih tegas.

Individu yang didapati bersaalah mengiingkari PKP boleh didakwa di mahkamah mengikut Seeksyen 24 Akta Penceegahan dan Pengawal Penyaakit Berjaangkit 1988 (Akta 342) membawa hukuuman penjaara tidak lebih dua tahun atau deenda atau kedua-dua sekali.-MalaysiaGazette

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *