ISU SEMASA

Mereka yang suka tidur dengan lampu terbuka sebenarnya boleh menyebabkan badan jadi gemuk

Umumnya menurut sains, semakin malam dan semakin gelap keadaan di keliling, tubuh kita akan mudah merasa letih dan mengantuk. Ini kerana, semakin meningkat waktu malam , hormon yang dipanggil Melatonin akan terhasil dari kelenjar pineal.

Lampu Punca Gemuk

Hormon Melatonin berfungsi membantu memberi reaksi positif bagi tubuh kita bersedia untuk berehat. Hormon ini juga berfungsi menguatkan daya tahan sistem imunisasi seseorang.

Menurut perkongsian Public Health Malaysia, satu kajian di Amerika Syarikat mendapati, individu yang tidur dengan lampu terbuka atau komputer / tv terpasang dikaitkan dengan

  • Peningkatan 5kg berat badan atau lebih
  • Peningkatan risiko 10% BMI
  • Risiko lebih tinggi untuk berlebihan berat badan atau obesiti.

Joan Roberts, seorang pengamal biologi telah menjalankan satu kajian terhadap haiwan mengenai tidur di tempat gelap. Haiwan uji kaji tersebut dibiarkan tidur dalam keadaan lampu terpasang pada waktu malam dan kadar hormon melantoninnya dicatat.

Hasil keputusan yang diperolehi menyokong hipotesis kesan cahaya lampu kepada melatonin regulasi ‘body clock’ yang mengawal masa tidur – sedar manusia.

Walaupun faktor pendedahan kepada cahaya lampu boleh menyebabkan peningkatan berat badan, pengambilan makanan berkalori tinggi dan gaya hidup tidak aktif masih merupakan punca utama obesiti. Jadi sebelum kita membuat keputusan untuk tidur dalam keadaan lampu menyala atau terpasang, ingatlah bahawasanya:

  1. Hormon melatonin boleh bekerja dengan baik dalam keadaan gelap untuk mengawal kesihatan dan mencegah penyaakit kronik seperti kanser.
  2. Keadaan gelap memberi lebih peluang kepada kita untuk tidur nyenyak dan tenang.
  3. Sel-sel tubuh kita yang rosak lebih cepat dibaiki oleh tubuh dalam keadaan gelap.
  4. Keadaan gelap memberi lebih peluang untuk hilang berat badan dengan lebih mudah

Jangan lupa tutup lampu malam ni! Nanti gemuk

sumber : aliff channel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *