ISU SEMASA

“Rakyat tak boleh tapi pak menteri boleh?” – Netizen bengang selepas gambar Timbalan Menteri ‘langgar’ arahan PKP tersebar

Menerusi fb chegu bard ,beliau ada berkongsikan beberapa keping gambar yang menunjukkan pemimpin yang kononnya melanggar arahan PKP ini.

Rakyat disuruh patuh PKP.. rakyat akur demi kebaikan semua… ada yang kena saman walaupun nak pergi ziarah kematian.. rakyat akur untuk kebaikan semua ..

Mula haritu naik gambar Menteri balik kampung siap naik gambar di media sosial kononnya seronok dapat ziarah anak buah dalam masa PKP… rakyat tegur lepas tu padam tapi tidak ada tindakan…

Ni terbaru naik pula gambar … orang Politik di Perak makan jamuan ramai ramai timbalan menteri kesihatan dan exco pendidikan kerajaan negeri… lepas tu MB Terengganu siap pergi makan dengan bekas MB pula .. ada gambar dengan pengikut pula sekali…

Adakah PKP ini hanya terkena kepada bukan penimpin sahaja atau C0OVID 19 ni tak boleh kena pada pemimpin ada kuasa ?

Lagi satu kalau dah langgar PKP awat pula cerdik sangat naikkan pula gambar di media sosial seolah cabar PKP dan rakyat ?

PDRM dan Ismail Sabri Yaakob serta MKN kena tengok benda ni serius….

Saya penyokong Kerajaan Perikatan Nasional namun bila ada pelanggaran undang undang tidak kisah pemimpin atau siapa sahaja wajib dihukum…

jangan dalam kerajaan ini ada dua set undang undang… ini bukan sahaja langgar undang undang malah sendiri naikkan dalam media sosial seolah bangga dan tak rasa salah. – che gu bard

Hari ini viral beberapa keping gambar Timbalan Menteri Kesihatan 1, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali didakwa melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ahli Parlimen Bagan Serai itu dilihat berkumpul dengan beberapa orang masyarakat di Maahad Tahfiz di kawasan Lenggong.

Turut hadir di kawasan itu adalah Exco Perak, Razman Zakaria.

Sejurus selepas itu, satu majlis makan beramai-ramai diadakan tanpa penjaarakan sosial yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan.

Dalam satu status di laman Facebook beliau, Dato Dr. Haji Noor Azmi, beliau dilihat diraikan dengan juadah masakan kampung.

“YBTMK 1 dan rombongan singgah di Maahad Tahfiz di Lenggong yang diusahakan oleh YB Exco, Tuan Haji Razman dan diraikan dengan juadah masakan kampung,” tulis beliau di Facebooknya.

Bagaimanapun, carian di Facebook mengenai akaun itu mendapati ianya telah dipadamkan, hari ini.

KKM sebelum ini berkata, sesiapa sahaja yang didapati berkumpul dalam mana-mana keramaian, walaupun sudah diarahkan untuk mematuhi garis panduan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), akan berdepan huukuman dua tahun penjaara.

KKM turut menegaskan, perkara itu terkandung dalam Akta 342 Pencegahan dan Pengawalan Penyaakit Berjaangkit 1988.

Menurut Seeksyen 11(4) Akta 342, dibaca bersama Seeksyen 24(a) Akta sama, keingkaran laraangan adalah satu jenaayah dan boleh dipenjaarakan selama dua tahun atau deenda, atau kedua-duanya sekali.

Sekiranya seseorang ditangkap untuk kali kedua melannggar arahan sama, tempoh penjaara dinaikkan kepada lima tahun atau deenda, atau kedua-duanya sekali.

Semalam adalah hari ke 31, perintah PKP dilaksanakan oleh kerajaan. – MalaysiaGazette

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *