ISU SEMASA

8 pakar perubatan dari China tiba untuk bantu Malaysia tangani C0V1D-19.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan lapan pakar perunding perubatan dari China telah sampai untuk membantu kerajaan menangani penularan waabak C0ovid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pasukan itu adalah dari Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China cawangan Guandong yang antaranya pakar penyaakit berjaangkit dan pakar analisis.

“Memang betul. Hari ini ada lapan dari China yang berpengalaman dan datang dari China untuk membantu kita.

“Sebelum ini, kita ada buat teleconferencing dengan mereka. Mungkin ada banyak isu lagi yang kita kena lihat. Antara mereka lapan orang itu adalah pakar penyaakit berjaangkit, pakar analisis data dan sebagainya.

“Dengan kepakaran mereka di Hubei hari itu, mungkin kita boleh kongsi dan juga dapat melihat kajian kita contohnya serta juga perkhidmatan kita di hospital bagaimana boleh lagi dipertingkatkan dan boleh belajar daripada mereka,” katanya pada sidang media harian penularan waabak C0ovid-19 di sini hari ini.

Sementara itu, Noor Hisham memberitahu, KKM telah melaksanakan pengasingan kultur bagi mengenalpasti strain waabak C0ovid-19 yang sedang melanda negara.

Pengasingan itu jelas, Noor Hisham, dilakukan di Institut Penyelidikan Perubatan (IMR).

“Sekarang ini kita lihat dari segi strain ataupun virus ini adalah terbahagi kepada virus jenis A, B dan C. Kita tertanya-tanya tetapi kita telah dimaklumkan di China ialah strain B dan hari ni kita telah laksanakan juga pengasingan kultur virus tersebut di IMR dan daripada kultur tersebut kita bandingkan gelombang pertama dan gelombang kedua,” katanya lagi.

Hasil ujian pengasingan kultur itu, ujar beliau, akan dikongsikan dengan China dan dalam masa sama membuat perbandingan jenis waabak C0ovid-19 yang merebak semenjak gelombak pertama sehingga kini, yang melibatkan jaangkitan daripada negara luar.

“Mungkin kita akan berkongsi pendapat dengan hasil kajian kita dengan pihak negeri China dan bila kita lihat pada gelombang pertama, kebanyakan pesaakit, 16 pesaakit kita adalah dari Wuhan.

“Jadi kita bandingkan virus tersebut dan kita dapati virus kita daripada gelombang pertama ialah virus jenis B iaitu strain B iaitu persamaan dengan yang di Wuhan.

“Tetapi yang gelombang kedua, rakyat Malaysia yang terlibat, kita dapati virus tersebut juga virus strain B bukan C yang dikatakan tetapi saya percaya sebab ramai yang balik daripada luar negara mungkin kita akan ada kes import.

“Kita akan laksanakan lebih banyak lagi ujian ataupun pengasingan virus dan juga kultur virus tersebut,” jelas beliau. -MalaysiaGazette

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *