ISU SEMASA

“Kalau Ada Rezeki, InsyaAllah Saya & Aliff Akan Kongsikan” – Bella Astillah

Baru sahaja muncul dengan single terbaru berjudul Tenang, rata-rata netizen membuat spekulasi lagu itu seakan memberi gambaran hubungan Bella Astillah dan bekas suaminya, Aliff Aziz sudah kembali pulih selepas dilanda pelbagai kontr0oversi.

Bagaimanapun, Bella menjelaskan lagu itu tidak ada kena mengena dengan hubungan mereka dan dia kini memilih untuk tidak lagi berkongsikan mengenai hak kehidupan peribadinya kepada umum.

“Semua orang tahu keadaan saya sebelum ini pernah terluuka tapi dalam masa yang sama apa yang terjadi mematangkan dan membangunkan semangat saya semula. Tapi lagu tu tak ada kena mengena dengan hubungan saya,” katanya.

Mengenai hubungannya dengan Aliff sama ada sudah berbaik, Bella berkata dia tidak mahu kongsikan lagi kepada umum bagi menghormati keluarga kedua belah pihak. Ujarnya lagi, dia sendiri akan kongsikan apabila tiba masanya nanti.

“Bukan niat saya nak menipu, tapi saya belajar daripada kesilapan yang lalu yang selalu kongsi semua benda tentang peribadi di laman sosial. Jadi, saya lebih berhati-hati dan kurangkan kongsi pasal hal peribadi.

“Bukan waktu yang sesuai untuk umumkan apa-apa. Saya nak hormat kedua belah keluarga yang sudah berbincang dan kalau ada rezeki, InsyaAllah saya dan Aliff akan kongsikan,” katanya.

Bella dan Aliff mengambil keputusan untuk berceerai pada 16 Mei tahun lalu selepas penyanyi kelahiran Singapura itu didapati beberapa kali kantoi cuurang. Hasil perkahwinan pasangan itu mempunyai seorang cahaya mata, Ayden Adrean kini berusia tiga tahun.

SUMBER MSTAR ONLINE via rotikaya.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *