ISU SEMASA

Bersalin Anak Kembar, Ibu Muda Ini Akhirnya Menghembuskan Nafas Terakhir Selepas 14 Hari Koma

Seorang wanita yang dilaporkan tidak sedarkan diri selepas selamat melahirkan sepasang bayi kembar meniinggal dunia. Berita duka tersebut dimaklumkan rakan baiknya di laman Facebook. Difahamkan, arwah telah koma selama 14 hari.

Sedar la sayang

Sayang, biy rindu sayang. Semua orang rindu sayang.. Ma ayah abah adik semua orang rindu. Sedar la sayang anak kita tunggu sayang. Biy blur tak tahu nak buat macam mana. Nak tengok sayang pun tak boleh. Biy hanya mampu berdoa untuk sayang. Ya Allah kau kuatkanlah hamba mu ini ya Allah.

Suami arwah, Mie Mie, ada memuat naik curahan hati memohon agar isterinya itu segera sedar. Dia dan seluruh keluarga sangat rindukan isteri dan hanya mampu mendoakan kesembuhan.

Cukuplah tidur sayang

Sayang cukup laa tido sayang. Bangun sayang. Biy tahu sayang kuat Biy selalu doakan sayang semua orang doakan sayang. Anok kito sihat duo duo. Sayang sayang keno kuat. Biy hanya mampu berdoa untuk sayang. Biy tak kuat tengok sayang keadaan gitu.

Ya Allah hanya Engkau Maha Penyembuh Yang Maha Esa. Ya Allah aku hanya berserah padamu ya Allah.. Aminn. Anok kembar kito mesti comel macam sayang deh.

14 hari koma selepas melaahirkan

Rakan baik arwah, Nurul Asma Salsabila memaklumkan Nur Nasuha sudah meniinggal dunia kira-kira jam 9 pagi setelah 14 hari bertaarung nyaawa.

Pada 31 Mac lalu, arwah telah selamat melaahirkan sepasang bayi kembar perempuan yang sihat dan sempurna.

Masih terkejut dengan berita tersebut, rakan mendoakan semoga diberikan syahid oleh Allah SWT.

Sumber: Nurul Asma Salsabila , Mie Mie via Ohbulan.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *