ISU SEMASA

Seorang Jururawat ‘gugur’ Gara-Gara C0V1D-19, Sekumpulan Orang Kampung Halang Pihak Berkuasa Kebumikan Jururawat Tersebut Di Kampungnya

Penduduk sebuah desa di Jawa Tengah, Indonesia bertindak menghalang pihak berkuasa mengebumikan jenazah jururawat yang meniinggal dunia kerana viirus C0OVID-19 di kawasan tanah perkuburan di kampung mereka.

Menurut media tempatan, Nuria Kurniasih, 38, jururawat di Rumah Saakit Umum (hospital) Dr Kariadi, Semarang, meniinggal dunia pada Khamis lalu, selepas seminggu dirawat akibat jaangkitan viirus itu.

Jenazah sepatutnya dikebumikan di kampung halamannya di Pemakaman Umum Sewakul, pada Khamis, namun sekumpulan penduduk desa itu menghalang pihak berkuasa berbuat demikian kerana bimbang viirus itu akan tersebar di desa mereka.

Van jenaazah terpaksa berpatah balik ke hospital dan jenaazah kemudiannya dikebumikan di kawasan perkuuburan di hospital Dr Kariadi, Semarang.

Menurut media tempatan, sekumpulan penduduk menghalang pihak berkuasa daripada memasuki tanah perkuburan di desa itu sekalipun semua persiapan pengebumian telah dilakukan, malah keluarga jururawat itu turut menaangis dan merayu agar penduduk kampung tidak berbuat demikian.

Gabenor Jawa Tengah, Ganjar Pranowo dalam satu kenyataan menyatakan kekesalan berhubung kejadian itu dan berharap kejadian sedemikian tidak berulang apatah lagi membabitkan seorang petugas kesihatan, yang berjasa kepada masyarakat dan negara.

Ketua Desa Sewakul, Purbo memohon maaf kepada keluarga jururawat itu dan menyatakan beliau tidak berdaya menghalang tindakan agresif sekumpulan masyarakat di desa itu.

Warganet di media sosial dan Persatuan Perawat (jururawat) Nasional Indonesia seperti dipetik agensi berita ANTARA, turut mengecam tindakan sekumpulan masyarakat berkenaan.

kredit sabah post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *