ISU SEMASA

‘Muhyiddin ambil peluang dari C0V1D-19 untuk perkukuh kedudukan’ – A Kadir Jasin

Muhyiddin Yassin telah mengambil peluang penuh daripada penyebaran waabak C0ovid-19 dan keadaan ekonomi semasa untuk memperkukuh kedudukan sebagai perdana Menteri, kata tokoh wartawan A Kadir Jasin.

“Dia (Muhyiddin) menggunakan pandemik ini sebagai alasan untuk menangguhkan sidang Dewan Rakyat dari 9 Mac kepada 18 Mei.

“Ini akan berikannya masa untuk mengumpulkan sokongan jika terdapat undi tidak percaya terhadapnya,” katanya.

Menulis dalam blognya, Kadir juga mendakwa perintah kawalan pergerakan (PKP) juga digunakan oleh Muhyiddin untuk memperkukuh kedudukan dalam Bersatu.

“Kesemua anggota parti, termasuk mesyuarat agung bahagian dan pemilihan kepimpinan ditangguhkan,” kata bekas penasihat media perdana menteri ketika era Dr Mahathir Mohamad itu.

Mahathir telah menang tanpa bertanding bagi jawatan pengerusi Bersatu manakala Muhyiddin itu akan mempertahankan jawatannya.

Kadir juga berkata tindakan Muhyiddin tidak melantik timbalan perdana menteri juga menguntungkannya.

“Sebaliknya dia melantik empat menteri kanan yang secara teorinya terhutang budi dengannya dan oleh itu tidak akan bergabung untuk mencabarnya,” kata Kadir.

Sumber : malaysiakini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *