ISU SEMASA

Anwar Ibrahim akan ‘runtuhkan’ kerajaan Pakatan Nasional 20 Mei ini

Dato’ Seri Anwar Ibrahim (Ketua Pembangkang) dijangka akan mengusulkan undi tidak percaya kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika persidangan parlimen pada mei 2020. Beliau berkemungkinan mengemukakan bukti sokongan majoriti ahli parlimen bagi meruntuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang ditubuhkan pada mac 2020 yang lalu selepas diperkenankan oleh Yang Di-Pertuan Agong (YDPA).

Persidangan parlimen telah ditangguhkan sejak mac 2020 berikutan krisis pandemik C0OVID-19 yang melanda seluruh Malaysia. Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang telah mendesak agar sidang parlimen khas dilakukan bagi membincangkan persoalan sumber biaya Pakej Rangsangan Ekonomi Malaysia berhubung CO0VID-19 yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Namun, beliau memberi jaminan kepada YAB Perdana Menteri bahawa usul undi tidak percaya tidak akan dilakukan ketika sidang parlimen khas tersebut. Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkemungkinan mengambil langkah yang lebih berhati-hati di dalam mencatur strategi politiknya di masa hadapan berikutan kehilangan Dato’ Seri Azmin Ali dan beberapa ahli parlimen lain yang telah berhijrah ke Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Pergolakan politik Malaysia akan kembali menjadi suatu perdebatan selepas ianya diredakan oleh gelombang kedua pandemik C0OVID-19 pada mac 2020 yang lalu. Jika Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengemukakan usul undi tidak percaya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkemungkinan mengambil langkah untuk memohon perkenan Yang Di-Pertuan Agong (YDPA) bagi membubarkan parlimen Malaysia.

Yang Di-Pertuan Agong boleh membuat pertimbangan dengan mengambilkira faktor keselamatan rakyat dan keberlangsungan ekonomi memandangkan krisis pandemik CO0VID-19 masih belum dibendung sepenuhnya di samping kemerosotan ekonomi global yang pasti akan menjejaskan Malaysia secara langsung terutamanya dengan penurunan harga minyak global yang menyaksikan Malaysia terjejas dengan serius.

Tambahan pula, krisis pandemik C0OVID-19 telah menyebabkan kebergantungan pasaran terjejas berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menyaksikan penutupan operasi kilang-kilang yang tidak disenaraikan sebagai industri keperluan asas dan terhentinya transaksi perniagaan dalam dan luar negara yang menyebabkan aliran ekonomi bergerak perlahan.

Maka, kebarangkalian yang berlaku ialah; [1] Dato’ Seri Anwar Ibrahim dilantik menjadi Perdana Menteri Ke-9, [2] Tan Sri Muhyiddin Yassin dikekalkan sehingga krisis pandemik C0OVID-19 diselesaikan dan, [3] Pembubaran Parlimen (Sistem Undian Secara Atas Talian). Walaubagaimanapun, tarikh rasmi bagi mengusul undi tidak percaya masih belum didedahkan oleh Pakatan Harapan (PH) berikutan penangguhan sidang parlimen.

Sumber : utusangenesis20

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *