ISU SEMASA

Penduduk risau lihat warga asing tak endah sepanjang tempoh PKP, seolah macam tiada apa berlaku

Gambar sekadar hiasan

PENDUDUK di Taman Gembira, Johor Bahru bimbang dengan kumpulan pekerja asing yang gemar bersantai dan berjalan beramai-ramai pada waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan sejak 18 Mac lalu.

Semalam, tular gambar puluhan warga asing yang bersantai, melepak dan berjalan beramai-ramai di sekitar taman perumahan berkenaan seolah-olah tidak ada apa yang berlaku.

Tinjauan mendapati warga asing dilihat berjalan beramai-ramai di sekitar taman perumahan itu tanpa mematuhi penjarakan sosial malah ada melepak dan berbual di hadapan deretan kedai.

sekadar gambar hiasan.

Penduduk yang mahu dikenali sebagai Maman, 55, berkata, itulah keadaan di taman perumahan berkenaan sejak PKP bermula 18 Mac lalu.

Katanya, terdapat lebih 3,000 warga asing menetap di taman perumahan itu berikutan banyak lot rumah dijadikan unit asrama pekerja berbanding hanya 1,600 penduduk tempatan.

“Penduduk tempatan memang bimbang dengan keadaan warga asing berpeleseran beramai-ramai sedangkan PKP berlangsung.

“Kami berkurung di rumah namun mereka gemar bersantai beramai-ramai terutamanya pada tengah hari dan petang bermula 4.30 petang hingga 7 malam.

sekadar gambar hiasan.

“Penduduk pernah menasihatkan mereka mematuhi PKP secara baik namun tidak diendahkan sebaliknya bertempiaran lari dan menghilangkan diri apabila pihak berkuasa melakukan operasi,” katanya ketika dihubungi.

Seorang lagi penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Aini, 42, berkata, tingkah-laku warga asing di taman perumahan itu yang seolah-olah mencabar undang-undang negara.

“Penduduk hendak ke kedai di depan taman perumahan ini pun risau sebab jumlah mereka yang ramai sekali gus kami bimbang jika waabak Co0vid-19 menular.

“Pihak berkuasa ada juga membuat operasi namun keadaan reda hanya sehari dua sebelum mereka kembali kepada keadaan asal, ” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *