ISU SEMASA

“Mak Cik Tak Minta Banyak, Cukuplah Dapat Susu Pekat Manis Untuk Bancuh Pada Cucu”

Satu perkongsian dari warga fb sungguh meruntun hati ini, bilamana kita rasa kita cukup terkesan dengan perlaksaan PKP ini, rupa-rupanya ada lagi insan lain yang lebih malang dari kita.

Seorang pengguna fb dengan nama Siti Fatimah Abd Hamid telah berkongsi kisah seorang nenek yang terpaksa menjaga tujuh orang cucunya selepas ibu mereka sudah tiada dan ayahnya kini terkandas di Keningau tidak dapat balik kerana perintah PKP.

Seorang nenek yang terpaksa menjaga tujuh cucu kini berada dalam keadaan kesempitan untuk memberikan susu dan menyediakan makanan buat cucunya.

Minta 4 tin susu pekat untuk bancuh bagi cucu minum

Menurut Siti Fatimah, ketika menelefon nenek ini untuk bertanyakan apa barang keperluan dan jenis susu yang diperlukan, dia hanya minta 4 tin susu pekat manis dulu.

Allahuakbar rasa tak sanggup dengar permintaan nenek ini.

“Puan, mak cik mau 4 tin saja susu pekat manis tu.”

Haih, berhabuk lagi mata. Mak cik ni tak minta banyak. Cukuplah dulu susu pekat saja 4 tin untuk cucu-cucunya.

Kata nenek ini lagi, cucu-cucunya dah biasa minum susu cap junjung (susu pekat manis), yang penting ada warna putih-putih.

Itu pun sudah cukup untuk bancuh bagi pada cucu saya yang kecil-kecil ni. Ok sangat dah tu. Tambah nenek ni lagi.

Ibu dan ayah kepada 7 orang cucu

Apa yang menyedihkan juga, nenek inilah ibu dan ayah kepada tujuh orang cucunya sekarang.

Ibu kepada cucu-cucunya itu telah meninnggal selepas 3 bulan melahirkan anak yang bongsu.

Manakala bapa anak-anak ini pula terkandas di Keningau dan tak dapat balik kerana Perintah Kawalan Pergerakan.

Kini nenek ini hanya mengharapkan cucu sulungnya yang membantu menguruskan adik-adik yang masih kecil selain membantu apa yang patut.

Sesungguhnya ujian setiap daripada kita tidak sama.

Marilah bergandingan untuk sama-sama menjayakan misi C00ovid-19 kepada mereka yang memerlukan.

#MyFundAction

#KisahMereka

#UntukKitaFikirDanBuatSesuatu

Sumber : majalahpama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *