Hiburan

3 Hari Demam, Shahir Kecewa Dihalau Petugas Hospital Pulang

semalam tular video di media sosial memaparkan penyanyi Shahir AF yang meluahkan rasa kesal terhadap segelintir petugas di sebuah hospital di Shah Alam yang enggan melayannya untuk berjumpa doktor.

Menerusi video tular itu, Shahir memberitahu atas rasa tanggungjawab dia menggagahkan diri memandu ke hospital pada jam 2 pagi dan perlu melalui dua sekatan jalan raya untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan pemeriksaan lanjut selepas mengalami demam selama dua hari.

“Saya bertanggungjawab datang seorang diri dari rumah sebab saya sudah tak tahan demam sudah 2 hari. Kalau bukan keceemasan saya takkan datang. Saya nak minta KKM berrtanggungjawab sebab diarahkan balik dan perlu ke klinik kesihatan pagi esok.

“Sepanjang perjalanan saya hampir muntah, nak pitam dan hampir kemaalangan. Saya datang sebab saya betul-betul sakit sebab itu saya datang.

“Kalau demam itukan simptom C0ovid-19, saya duduk sendirian kalau apa-apa jadi saya tak sedarkan diri siapa yang tolong?” katanya.

Difahamkan, video itu dirakam oleh Shahir ketika berada di perkarangan unit kecemasan hospital, namun diarah pulang oleh petugas yang menjaga di luar pintu utama. Malah, Shahir juga diarah untuk tidak merakamkan sebarang bentuk visual.

Dalam pada itu, Shahir berkata dia tidak niat untuk memburukkan mana-mana pihak tetapi tindakannya itu adalah untuk mewakili individu lain yang turut menerima nasib sama. Ujarnya lagi, dia sudah terlebih dahulu membeli ubat dari farmasi ekoran kesihatannya merosot.

“Saya sebenarnya sudah 2 hari demam, makan enam biji Panadol Actifast dan 3 biji ibuprofen.


Malam ini saya rasa badan terlalu panas dan tak boleh tidur, jadi saya paksa diri keluar sebab saya takut tak sedar esok.

“Saya tak diizinkan langsung jumpa doktor. Saya datang sebab betul-betul sakit. Saya datang serah diri, tak boleh ke tolong periksa saya? Takkan tak ada sedikit tolak ansur, jadi saya minta tolonglah ambil berat kepada insan yang memerlukan,” rayunya.

SUMBER ASTRO GEMPAK via rotikaya.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *