ISU SEMASA

Presiden KPJ tampil mohon maaf kepada Dr Noor Hisham di atas keceluparan Mulut Dr Musa

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkata jaangkitan C0ovid-19 melibatkan petugas barisan hadapan sebenarnya berlaku di hospital swasta.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata pihaknya sudah membuat perjumpaan dengan pihak hospital swasta sebanyak 2 kali iaitu pada 1 dan 12 Mac bagi membincangkan mengenai perkara itu.

“Supaya pengurusan pihak hospital swasta boleh tingkatkan keselamatan d hospital masing-masing,” katanya dalam sidang media, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kritikan seorang doktor hospital swasta yang mendakwa kementerian itu gagal menjaga keselamatan petugas barisan hadapan.

Beliau juga berkata kemaatian 2 petugas kesihatan tidak ada kaitan dengan pendedahan kepada pesaakit C0ovid19 di wad dan Unit Rawatan Rapi (ICU).

Noor Hisham berkata 80% daripada petugas barisan hadapan mendapat jangkitan wabak itu di luar kawasan hospital, ketika mereka menghadiri majlis seperti perkahwinan dan kemudiannya menyebarkan virus kepada rakan-rakan mereka.

3d render of Virus infecting blood cells

Dalam beberapa kes, katanya, petugas barisan hadapan dijangkiti selepas pesaakit gagal mendedahkan mereka mempunyai kontak rapat dengan mereka yang disahkan positif C0ovid-19.

Terdahulu, Dr Musa Nordin dari Hospital Pakar KPJ Damansara mengkritik KKM dengan mengatakan kementerian itu gagal melindungi petugas barisan hadapan.

Katanya, petugas kesihatan berisiko terkena virus akibat ketiadaan peralatan perlindungan peribadi (PPE) yang mencukupi.

Musa juga menggesa Noor Hisham dan pegawainya turun padang dan melawat hospital-hospital yang terjejas.

“Adakah anda sedang menunggu doktor atau jururawat atau profesional kesihatan bersekutu kami untuk maati daripada C0ovid-19 sebelum anda diserang?”

Dalam pada itu, Noor Hisham berkata tidak ada masalah bekalan PPE yang tidak mencukupi di fasiliti kesihatan setakat ini.

Jelasnya, banyak pihak yang sudi menyumbangkan PPE kepada kementerian termasuk indistri fesyen, jabatan penjara malah kakitangan hospital yang bertungkus lumus menjahit sendiri alatan PPE mereka.

“Kami mempunyai bekalan yang mencukupi. Hanya pada minggu lepas terdapat masalah agihan ke negeri-negeri lain.

“Ia adalah isu logistik. Tetapi ia telah diselesaikan. Jadi tidak ada masalah dengan stok.”

Beliau juga berkata petugas barisan hadapan telah disaring untuk virus itu secara berkala.

“Presiden KPJ terpaksa tampil memohon maaf di atas keceluparan Dr Musa. Mesti malu ada staff bodoh macam ni kan?” – Netizen

Sementara itu pengurusan Hospital KPJ tempat Dr Musa bekerja, Dato’ Amiruddin Abdul Satar tampil memohon maaf kepada Ketua Pengarah KKM di atas keceluparan pekerjanya, Dr Musa.

Menurut Amiruddin pandangan Dr Musa adalah pandangan peribadinya, bukan pegangan hospital KPJ.

Amiruddin juga mengucapkan terima kasih di atas kegigihan Noor Hisham menangani isu C0ovid-19 dengan cemerlang. – FMT/Cinca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *