ISU SEMASA

Makanan sudah habis, lelaki warga Bangladesh ini terpaksa kutip kangkung tepi longkang untuk kelangsungan hidup

Mereka yang suka mengeluh berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepatutnya bersyukur sekiranya dalam rumah masih terdapat banyak makanan berbanding segelintir insan kurang berkemampuan untuk mengisi perut yang lapar.

Pada masa sama, pernahkah kita terfikir nasib warga asing yang berada di negara kita ini yang mungkin sahaja bekerja sebagai buruh namun telah mengalami kesusahan hidup.

Wang pun tak ada nak beli makanan. Ada yang sampai tiga hari tak makan. Mohon yang ada kelapangan rezeki kurnia ALLAH, pandang lah mereka dengan sifat rahmat dan ihsan. Takut kita dipersoalkan di akhirat kelak.

Cerita menerusi hantaran seorang pengguna Facebook, A Ridzuan Ibnu Osman mungkin sahaja boleh dijadikan iktibar apabila lelaki itu menceritakan pengalamannya menemui seorang lelaki dipercayai warga Bangladesh yang terpaksa mencari makanan hingga ke tepi longkang.

Menurutnya, dia sedang memberi makanan kepada burung merpati sewaktu melihat satu kawasan semak samun bergerak-bergerak dan pada awalnya menyangka ia mungkin terjadi akibat pergerakan biawak tetapi rupa rupanya seorang lelaki Bangladesh sedang mencari kangkung.

“Dia menyorok daripada saya. Saya panggil dia. Bila tengok keadaan dia, tersentuh hati saya.

“Saudara kita warga Bangladesh ni, terpaksa kutip kangkung tepi longkang awal-awal pagi. Makanan dah tak ada dekat rumah,” luahnya di Facebook.

Tambahnya, warga Bangladesh berkenaan tinggal seramai enam hingga 10 orang dalam satu rumah.

Wang pun tak ada nak beli makanan. Ada yang sampai tiga hari tak makan. Mohon yang ada kelapangan rezeki kurnia ALLAH, pandang lah mereka dengan sifat rahmat dan ihsan. Takut kita dipersoalkan di akhirat kelak.

“Kita tidur dalam kekenyangan, mereka tidur dalam kelaparan,” ujarnya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengakalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee mempunyai cara tersendiri membantu penduduk dalam kawasannya dengan menghantar kit bantuan makanan menggunakan motosikal roda tiga.

Norhizam mengakui, cara itu lebih memudahkan pergerakannya terutama ketika masuk ke jalan-jalan kampung yang sempit dan kecil bagi memastikan bantuan itu dapat disampaikan ke peringkat akar umbi.

Terutama mereka yang telah disenaraikan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Melaka Tengah.

Menurutnya, kit makanan mengandungi keperluan asas seperti beras, gula, minyak dan sebagainya disediakan dengan peruntukan berjumlah RM60,000.

Semu akan diberikan secara berperingkat melalui data yang diperoleh termasuk data Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun).

Sumber Harian metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *