ISU SEMASA

Gadis Cantik Ini Dikecam Netizen Selepas Komen Pusat Kuarantin Lima Bintang ‘Nampak Macam Penjara’

Kerajaan sudah buat yang termampu untuk memuaskan hati rakyatnya dikala negara sedang dilanda musibah C0V1D-19. Diberikan bantuan duit dan kepada mereka yang baru pulang dari luar negara,mereka akan ditempat sementara selama 14 hari di pusat kuarantin yang terletak di AKEPT, Nilai.

Walau bagaimana pun ada seorang pengguna twitter yang telah menerima kecaman hebat dari netizen selepas memberi komen pusat kuarantin yang beliau terpaksa tinggal sekarang ini tidak ubah seperti sebuah penjara.

“Pusat kuarantin nampak macam penjara.”

Dia bagaimanapun kemudiannya ditempatkan untuk dikuarantin 14 hari di sebuah hotel lima bintang dan memuat naik pengalamannya kuarantin di hotel itu.

Sebaik saja ditempatkan di sebuah bilik hotel lima bintang, gadis itu telah berkongsi gambar keadaan dalam biliknya, menyebabkan dia menerima kritikan.

“Nak lihat kedaaan pusat kuarantin lima bintang?”

Berikut adalah beberapa tangkap layar dari netizen yang tidak berpuas hati dengan komen gadis tersebut.

“Cari penyaakit lepas tu nak duduk sedap-sedap.”

“Duduk percuma lepas tu nak tayang pula.”

Ada juga yang mempersoalkan mengapa gadis itu boleh dikuarantin di hotel lima bintang menggunakan wang cukai yang dibayar rakyat sedangkan dia mengembara saat wabak sedang tersebar dan tahu akibatnya.

Ada yang menyatakan, dia sepatutnya tinggal di AKEPT dan jika mahu naik taraf pusat kuarantin kepada hotel lima bintang, dia perlu membayar kerana ia satu hak istimewa yang bukan sepatutnya percuma.

Ramai mengharapkan gadis ini diletakkan sahaja di AKEPT, Nilai kerana dia bukan istimewa berbanding orang lain. Dan juga ada yang mencadangkan dia dikuarantin bersama gelandangan.

“Hanya sebahagian ditanggung kerajaan.”

Namun begitu, ada juga yang memaklumkan, untuk dikuarantin di bilik hotel selain dari disediakan kerajaan, individu perlu membayar lebih walaupun sebahagian ditanggung kerajaan mengikut bajet yang ditetapkan.

Warganet menyatakan, untuk mengembara saat waabak sedang tersebar merupakan keputusannya sendiri serta merisikokan diri dan orang lain hanya untuk mengembara bagi tujuan mengisi masa lapang. Dan kini, orang ramai terpaksa menanggung perbelanjaan kuarantin dirinya di hotel lima bintang pula.

Apa pendapat anda?

Artikel dari – amazingnara.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *