Hiburan

“Sudah-sudahlah Myza, kau nak gaduh dengan semua orang sampai bila?” – Tanya Anju

Minggu lepas dunia hiburan dan netizen bergaaduh sakan macam nak kiamat, ianya bermula selepas dikatakan selebriti meminta dana/peruntukan khusus kepada mereka ketika PKP dijalankan kerana mereka tidak dapat bekerja.

Dan ramai sedia maklum, Sharifah sakinah dan Amyza Aznan antara yang lantang mengkritik Anju atau Zarina Anjoulie ini. Bagaimana pun seperti yang kita semua sedia maklum, Kinah sudah memuat naik video mohon maaf secara terbuka dan Anju juga sudah berbuat demikian kepada Kinah.Ok.. tang ni sudah settle dan tak mau panjang cite lagi ok.

Tetapi kemelut antara Anju dan Amyza nampaknya masih tidak menunjukkan tanda-tanda reda atau ada pihak yang ingin mengalah.

Melalui kemaskini terbaru di instagram miliknya, Anju dikatakan secara terbuka mengkritik Amyza yang disifatkannya masih terus menerus mencari gaduh dengan orang.”Sudah-sudahlah Myza, kau nak gaduh dengan semua orang sampai bila?

“Ramai lagi saudara kita yang tengah kebulur kat luar tu. Dari kau gigih nak jatuhkan orang, baik kau gunakan platform kau untuk membantu lagi orang,” tulisnya.

Anju juga menunjukkan tangkap layar posting dari IG Motif Viral yang berkongsi komen maarah-maarah Amyza.

“Boleh tahan juga level dia membawang. ni tak puas hati sebab netizen sokong Anju lah ni,” tulis motif Viral di ruang kapsyen.

Sementara itu, Anju turut menyindir segelintir akaun yang sering mengecam dirinya.

“Kenapa korang nak dikenali dengan buat benda jaahat? Kau tak bosan ke?

“Kau nak orang ingat kau dengan perbuatan jaahat? Tak best,” katanya menerusi IG Story.

Anju buat baik beri sumbangan kepada yang memerlukan pun, ada yang tak puas hati ke?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *