Hiburan

“Tak kutuk pun, kenapa terasa?” – Lydiawati dan Anne Abdullah tidak akan tunduk desakan artis kontroversi yang meminta membuat permohonan maaf secara terbuka

Dua pelakon, Lydiawati dan Anne Abdullah tidak akan tunduk desakan artis kontroversi yang meminta membuat permohonan maaf secara terbuka atas dakw4an memburvkkannya dalam aplikasi grup Telegram, Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN).

Ia didakwa berpunca video dimuat naik artis kontroversi yang mengec4m dan menyel4r golongan selebriti membabitkan isu mohon bantuan kerajaan buat penggiat seni terjejas berikutan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuat kuasa.

Ramai selebriti tergvris dan memuat naik sind1ran serta pandangan terhadap artis kontroversi itu. Artis kontroversi kemudiannya membalas dan memetik beberapa nama selebriti, selain membuat video h4sut4n terhadap penggiat seni.

Bukan hanya artis kontr0versi, kekasihnya juga didakwa campur tangan hingga menuntut beberapa artis mohon maaf. Poster memuatkan wajah Lydiawati dan Anne dengan tuntutan permohonan tersebar dalam laman maya.

Anne mempertikaikan tindakan artis berkenaan menuntutnya membuat permohonan maaf secara terbuka.

Katanya, dia tidak akan tunduk dengan desakan, hanya kerana menjelaskan kepada rakan dalam grup Telegram siapa artis dimaksudkan, memandangkan ada yang tidak mengenalinya.

“Ramai nak tahu siapa artis yang diperkatakan, jadi saya jelaskan secara ringkas. Saya tidaklah mengenali dirinya.

“Bagaimanapun, artis berkenaan memetik nama saya gara-gara penjelasan dalam grup berkenaan. Bukan itu sahaja, saya menerima mesej daripada individu tidak dikenali minta supaya membuat permohonan maaf secara terbuka kepada artis itu.

“Dia memberikan tempoh tertentu pada saya. Kenapa, saya perlu tunduk arahannya, sedangkan dia bertindak memburvkkan penggiat seni? Disebabkan hasut4nnya, anak seni menerima kec4man hebat netizen,” katanya kepada BH Online.

Anne berkata, mereka sepatutnya bersatu hati dan berhenti mengec4m antara satu sama lain. Bagaimanapun, berlaku situasi sebaliknya apabila penggiat seni dihentam berikutan isu permohonan bantuan kerajaan.

“Netizen mengutuk kami ‘sengkek’ dan tidak berduit. Tidak dinafikan, ada antara kami terkesan kerana bukan semua kaya raya. Kenyataan artis berkenaan menyebabkan kekeruhan hingga ada netizen mem4ki h4mun dan mengec4m artis dengan melampau.

“Kami tidak boleh berdiam diri dan perlu menghentikan tindakan artis berkenaan. Tindakan perlu diambil supaya golongan selebriti tidak terus menjadi kec4man masyarakat,” katanya.

Lydiawati berkata, seperti Anne, dia juga tidak akan tunduk dengan permintaan mohon maaf.

Katanya, dia tidak pernah bertemu dengan artis berkenaan.

“Saya tak kenal, jauh sekali pernah berjumpa dengannya. Macam mana saya boleh ditudvh berg4duh dengannya?

“Siapa dia, pelakon, penyanyi atau pelakon ‘ekstra’? Saya tidak akan minta maaf,” katanya.

Pelakon Filem Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) pada 1996 itu berkata, dia tidak menyentuh nama artis berkenaan dalam grup Telegram.

“Saya tak sebut nama siapa pun. Kutvk, ada ke saya kvtuk dia. Kenapa nak terasa?

“Saya tak tahu dia dapat info daripada mana mengenai saya mengvtuk dia.

“Siapa yang menyampaikan, tanyalah orang dalam grup itu,” katanya.

Sumber : BH Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *