ISU SEMASA

Bayaran Bantuan Prihatin Nasional mulai ISNIN ini secara berperingkat – Menteri Kewangan Malaysia. Alhamdulillah.

Permohonan Bantuan Prihatin Nasional akan dibuka pada 1 April 2020. Pastikan anda tidak terburu-buru untuk membuat semakan dan permohonan.

Munurut sumber dari berita TV3, pembayaran untuk bantuan BPN akan bermula hari isnin ini, 6 April 2020 secara BERPERINGKAT. Alhamdulillah, rakyat lega apabila dapat berita ini.

BPN masuk isnin ni

Untuk permohonan, jangan risau ada banyak masa lagi. Portal Rasmi BSH kerajaan mungkin tidak dapat menampung pengunjung portal yang terlalu ramai, jadi tunggu sehingga boleh.

Laman web ini bukanlah tempat untuk permohonan, tetapi memberi tutorial kepada anda tentang cara yang betul untuk buat permohonan Bantuan Prihatin Nasional.

Pastikan anda tidak mengisi maklumat diri dalam mana-mana laman web selain laman web gov Malaysia!

Tentang Permohonan Bantuan Prihatin Nasional
Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat telah diumumkan oleh YAB PM Muhiyiddin Yassin pada 27 Mac 2020 (Jumaat) yang melibatkan pemberian Bantuan Prihatin Nasional kepada golongan B40 dan M40.
Kaedah pelaksanaan seperti Permohonan, Pembayaran dan Semakan Status Bantuan Prihatin Nasional akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

Sebarang makluman berkenaan Bantuan Prihatin Nasional boleh diperolehi pada Portal Rasmi BSH (https://bsh.hasil.gov.my). Pemohon dinasihatkan untuk ELAKKAN daripada mengisi apa-apa borang atau mendapatkan makluman daripada laman web yang tidak diketahui kesahihan atau melalui panggilan telefon bagi mengelakkan penipuan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Cara Permohonan Bantuan Prihatin Nasional
Sila ikuti langkah-langkah dibawah tentang cara permohonan Bantuan Prihatin Nasional.

Mula-mula sila pergi ke Portal Rasmi Bantuan Prihatin Nasional disini -> https://bpn.hasil.gov.my/
Kemudian masukkan no Mykad anda.
Masukkan CAPTCHA.
Isikan segala maklumat yang diperlukan.
Mudah sahaja bukan? Sebarkan tentang cara permohonan bantuan prihatin nasional ini kepada mereka yang masih belum tahu lagi.

Semoga kita semua sama-sama dapat bantuan daripada Kerajaan ini dan dipermudahkan urusan harian kita di dalam mengharungi bencana C0V1D 19 ini.

sumber : digitalmukmin.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *