ISU SEMASA

“Anak guam saya takut, panik” – Wanita Jerit ‘Idiot’ Pada Polis Didakwa, Sabit Kesalahan Penjara Hingga Dua Tahun & Denda RM10,000

Kerajaan dan pihak berkuasa polis diminta mempertimbangkan semula hukuman penjara ke atas semua pesalah-pesalah sepanjang Op C0vid-19 yang dilaksanakan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Datuk Suraj Singh yang bertindak sebagai peguam bela seorang wanita yang memaaki hamun polis semasa sekatan jalan raya di Persiaran Surian pada 31 Mac lalu itu berkata, kerajaan tidak wajar menghukum setiap pesalah pertama dengan hukuman penjara.

Sebaliknya, beliau mencadangkan supaya hukuman ringan seperti khidmat komuniti bersifat kemasyarakatan perlu dilaksanakan.

Katanya, beliau memahami keadaan yang sedang dilalui kerajaan tetapi tetapi bukannya menghantar pesalah ke penjaara.

Beliau mendakwa anak guamnya, Tong Poh Kim kini dalam keadaan panik dan takut.

“Kami juga berharap kerajaan akan mempertimbangkan semula kes sebegini kerana sejak kebelakangan ini banyak dibuat dan pihak kerajaan perlu mengambil kira mereka yang ditangkap ini bukan penjenaayah berat.

“Mereka bukan penjenaayah serius yang melakukan kesalahan-kesalahan berat, yang perlu diasingkan daripada masyarakat seperti kes jenaayah berat saamun, kes r0mpak ataupun kes-kes r0g0l kita faham,” katanya kepada pemberita di pekarangan mahkamah Petaling Jaya pagi tadi.

Tertuduh yang berusia 44 tahun hadir ke Mahkamah Majistret bersama saudaranya sekitar 8.30 pagi bagi menghadapi pertuduhan menghalang penjawat awam bertugas dalam sekatan jalan raya baru-baru ini.

Wanita itu menghadapi dua pertuduhan di bawah Seeksyen 186 Kanun Keseeksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan Seeksyen 14 Akta Kesalahan Kecil-Kecil 1955 kerana mengucapkan perkataan tidak sopan kepada penjawat awam.

Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan tersebut sebelum dibenarkan ikat jamin RM1,000 untuk tuduhan pertama dan RM3,000 dengan seorang penjamin untuk tuduhan kedua.

Hakim Nurshahira Abdul Salim menetapkan 20 Mei sebagai tarikh serahan dokumen kes dan sebutan semula.

Tambahnya, tujuan hukuman dijatuhkan terhadap pesalah bertujuan untuk menginsafkan mereka dan mempersoalkan apakah menjatuhkan hukuman penjara untuk kes-kes iseperti ini adalah munasabah.

Ini kerana, kata peguam bela itu, tindakan tegas sedemikian hanya menambah ketakutan rakyat. – MalaysiaGazette

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *