Hiburan

“Tak Ada Wanita Lain Paling Bernilai Dan Berharga Patut Saya Ikut Arahannya Melainkan Ibu Saya” – Aliff Syukri

Baru-baru ini Jutawan Kosmetik terkenal, Aliff Syukri ada memuat naik sekeping gambar bersama ibunya yang menceritakan bagaimana asal-usul permulaan dirinya sebelum dia memulakan perniagaannya lagi.

“Cuba teka umur saya masa ni berapa? Time saya pergi haji masa ni mak saya belanja semua dan saya reti bersyukur sebab apa yang saya ada hari ni semua dari dia.

Waktu ni dialah bawa saya dari kampung ke bandar, duduk hotel seles amasa buat haji, duit poket mak beri, baju lawa,” tulis Aliff Syukri.

Menurutnya lagi, dia sangat menghargai kenangan tersebut apatah lagi ketika itu dia masih belum berumah tangga.

“Terima kasih mak hargai Kri. Kenangan yang tak boleh dilupakan masa ni belum kawin lagi.

“Syurga anak lelaki itu adalah di bawah telapak kaki ibunya. Tak ada wanita paling bernilai dan berharga dan patut saya ikut arahannya melainkan ibu saya,” tulis Aliff lagi.

Sebelum ini ibu kepada Aliff Syukri, Rozita Ibrahim pernah menegur tingkah laku anaknya sehinggkan terpaksa membuat video untuk menyampaikan isi hatinya.

Artikel dari gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *