ISU SEMASA

Anwar Sekali Lagi Tanya Dari Mana Sumber Biaya Pakej Rangsangan?

Anwar Ibrahim berkata terdapat beberapa hal yang perlu diperhatikan, khususnya persoalan dari mana sumber pembiayaan pakej rangsangan tersebut.

“Ya, dari mana? dari syarikat-syarikat kerajaan, KWSP, Petronas? Dari mana?

“Itu kita harus tahu kerana bukan sahaja hari ini satu keputusan pinjam dan sebagainya yang akan punya kesan puluhan tahun, atau sekurang-kurangnya 10 tahun,” soal Anwar.

Jelas Anwar, belanjawan negara juga akan terganggu disebabkan unjuran dibuat berdasarkan harga minyak pada tahun lalu sebelum kejatuhan harga minyak dunia.

“Maknanya hampir setengah dari unjuran kita. Maknanya pendapatan negara akan turun dari segi hasil minyak dan gas, kemudian dari pelancongan, industri kecil dan sederhana yang sekarang mendapat dampak yang sangat negatif di seluruh negara yang menyebabkan puluhan ribu pekerja hilang pekerjaan dan pendapatan

“Semua ini perlukan dokongan seluruh rakyat dan oleh kerana unjuran belanjawan itu sudah meleset dan dia kena kembali ke parlimen. Saudara, kita perlu bincangkannya di parlimen. Bukan propaganda,” katanya lagi.

Sumber: KiniTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *