ISU SEMASA

Pakai sarung tangan hanya merebakkan virus kerana…

Orang ramai diingatkan tidak menggunakan sarung tangan (glove) dengan alasan untuk mencegah dijaangkiti kor0onavirus.

Seorang Ahli Farmasi berdaftar mendakwa virus itu mampu bertahan 8 jam pada sarung tangan melainkan ia ditukar secara kerap.

”Anda sebenarnya sedang merebakkan virus c0orona tanpa anda sengajakan.

”Di hospital terdapat clinical waste bin (tong sampah klinikal) untuk para petugas kesihatan membuang glove mereka, oleh itu penyebaran virus boleh dikurangkan, tapi orang awam akan membuang glove ke dalam tong sampah biasa, dan boleh tercontact dengan orang yang mengangkat atau menguruskan sampah, tidakkah anda rasa itu akan menyebabkan penyebaran virus yang lebih rapid (cepat)?,” kata Nur Syafa Addina menerusi hantaran di Facebooknya.

Tambahnya, pemakaian sarung tangan akan membuatkan individu tidak membasuh tangan atau melakukan pembasmian kuuman.

“Tolong jangan ikut tindakan artis yang tidak bertauliah dan tidak berpengetahuan dalam bidang kesihatan untuk mencegah virus cor0ona!

”Dengar nasihat, cuci tangan dengan kerap dan duduk di rumah!,” katanya. – MalaysiaGazette

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *