ISU SEMASA

Laporan Terkini : Seorang Kakitangan Hospital Tuanku Fauziah Disahkan Positif C0V1D-19

Jabatan Kesihatan Negeri Perlis hari ini mengesahkan, seorang kakitangan Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar, didapati positif CO0VID-19.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, individu terbabit mempunyai sejarah perjalanan ke Turki dan tiba di tanah air, pada 8 Mac.

“Beliau telah dimasukkan ke wad pada 16 Mac dan disyaki jaangkitan paru-paru (pneumonia) dan dehiidrasi.

“Ujian makmal di Hospital Sultanah Bahiyah mendapati beliau positif terhadap CO0VID-19 pada 18 Mac,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Dr Noor Hisham berkata pihak hospital telah mengenal pasti kontak-kontak rapat dan menjalankan saringan CO0VID-19 terhadap mereka, serta ahli keluarga terdekat pegawai tersebut. Pembersihan dan pembasmian kuman di kawasan berkaitan juga telah dilakukan.

Beliau berkata semua pesaakit dan orang awam tidak perlu bimbang terhadap keselamatan mereka, kerana pihak HTF telah mengambil langkah-langkah pencegahan penyaakit berjaangkit dan kawalan jaangkitan yang perlu.

Sumber: BERNAMA

Jururawat Pelatih Positif C0ovid-19, Pernah Kendalikan Kes Wabak Ini Tanpa Pakai Peralatan Perlindungan Diri

Hari ini bersamaan 1 Mac 2020, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Noor Hisham Abdullah mengsahkan bahawa 4 lagi kes terbaru yang melibatkan warganegara Malaysia positif Co0vid-19.

Antara 4 kes terbaru itu, kes ke-27 paling mencuri tumpuan apabila seorang jururawat pelatih berusia 20 tahun dan seorang wanita. Beliau dikatakan mengendalikan kes Co0vid-19 tanpa memakai sebarang peralatan perlindungan diri seperti disarankan

Berikut adalah kenyataan Noor Hisham yang dipetik dari laman web Kementerian Kesihatan Malaysia.

Kes ke-27 merupakan seorang wanita warganegara Malaysia berusia 20 tahun dan merupakan seorang jururawat pelatih. Beliau menjalani latihan sangkutan jangka pendek di hospital swasta yang merawat kes ke-24.

Semasa aktiviti pengesanan kontak rapat dijalankan oleh pihak Pejabat Kesihatan Daerah, beliau telah dikenalpasti sebagai salah seorang dari kontak rapat kes berkenaan. Pada 21 dan 22 Februari 2020, beliau telah mengendalikan kes terbabit tanpa memakai sebarang peralatan perlindungan diri (personal protective equipment; PPE) seperti disarankan.

Pada 27 Februari 2020, beliau mula mengalami gejala baatuk. Ujian saringan pengesanan C0OVID-19 telah dijalankan ke atasnya dan disahkan positif pada 29 Februari 2020. Beliau telah dimasukkan ke wad isolasi Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan dan pemantauan selanjutnya.

Sumber: KKM

Artikel dari : siakapkeli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *