ISU SEMASA

‘Tolonglah, saya merayu, duduklah diam-diam di rumah’ – Perdana Menteri

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin merayu orang ramai supaya tidak keluar rumah, kecuali bila perlu sahaja, sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan yang mula berkuat kuasa pada hari ini.

Katanya perkara itu penting untuk memutuskan rantaian jangkitan, sekali gus mengurangkan jangkitan waabak C0ovid-19.

“Saya ingin merayu kepada saudara-saudari. Tolonglah. Stay put where you are. Yang ada di Kuala Lumpur, duduklah di Kuala Lumpur. Yang ada di Johor Bahru duduklah di Johor Bahru. Kalau di Pulau Pinang, duduklah di Pulau Pinang.

“Kalau anda merancang untuk pulang ke kampung, batalkanlah dahulu niat itu. Pergilah balik ke kampung waktu yang lain. Saya minta tolong untuk tempoh dua minggu ini dulu,” katanya dalam ucapan khas yang disiarkan secara langsung di kaca TV sebentar tadi.

Artikel lain : Pelajar universiti dilarang balik kampung

Pelajar universiti awam (UA) dan institut pengajian tinggi swasta (IPTS) yang masih berada di kampus atau kediaman peribadi, termasuk pelajar antarabangsa, dilarang pulang ke kampung halaman atau negara asal sepanjang perintah kawalan pergerakan.

Perkara itu dinyatakan dalam soalan lazim Kementerian Pengajian Tinggi yang dikeluarkan hari ini.

“Para pelajar UA dan IPTS termasuk pelajar antarabangsa yang masih berada di kampus (kolej kediaman, rumah sewa atau kediaman peribadi yang lain) perlu kekal berada di premis tersebut walaupun bagi pelajar yang telah membeli tiket pengangkutan ke kampung halaman.

“Para pelajar tidak dibenarkan untuk pulang ke kampung halaman/negara asal masing-masing sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan dikuatkuasakan,” menurut dokumen itu.

Mereka dikehendaki melaporkan kepada pihak pengurusan UA dan IPTS masing-masing.

Soalan lazim itu juga menyebut pusat pengajian masing-masing perlu bertanggungjawab ke atas keperluan asas, keselamatan dan kebajikan pelajar sepanjang keberadaan mereka di kampus.

Bernama melaporkan, garis panduan Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi bertarikh semalam memberi pilihan untuk penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) pulang ke tempat/negara asal atau terus berada di kampus masing-masing.

Sumber : malaysiakini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *