ISU SEMASA

Majikan kena salurkan terus bantuan RM600 kepada akaun pekerja

Majikan perlu bertanggungjawab menyalurkan bantuan kewangan kepada pekerja swasta yang diberhentikan kerja.

Perkara itu dimaklumkan, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan yang berkata, menerusi Program Pengekalan Pekerjaan (Employment Retention Program atau ERP), majikan perlu menyalurkan terus bantuan berjumlah RM600 kepada akaun pekerja berkenaan.

“ERP menyedia bantuan kewangan sementara sebanyak RM600 sebulan pada kadar rata untuk tempoh maksimun 6 bulan kepada mana-mana pekerja dan majikan yang memenuhi kelayakan.

“Syarat kelayakan itu adalah pekerja diberi notis cuti sementara tanpa gaji (unpaid leave) oleh majikan berkuatkuasa 1 Mac 2020, pekerja swasta yang mendaftar dan mencarum dengan SIP dan terhad kepada pekerja bergaji RM4,000 ke bawah.

“Kelayakan lain adalah majikan yang membuat permohonan bagi pekerja dan majikan yang menyalurkan RM600 terus ke dalam akaun pekerja,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, pekerja swasta yang kehilangan pekerjaan juga akan memperoleh enam faedah menerusi Sistem Insurans Pekerjaan (SIP), Lembaga Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Katanya, SIP akan melindungi 6.9 juta pekerja swasta sekiranya berlaku kehilangan pekerjaan melalui bantuan kewangan segera (immediate financial assistance) serta program penempatan pekerjaan dan latihan.

“Pekerja yang kehilangan pekerjaan dan berdaftar serta mencarum di bawah SIP akan menerima faedah iaitu Elaun Mencari Pekerjaan yang bermula pada 80 peratus gaji anggapan selama enam bulan dengan kadar menurun (50 peratus, 40 peratus, 40 peratus, 30 peratus dan 30 peratus)

“Elaun Bekerja Semula Awal iaitu 25 peratus bagi baki Elaun Mencari Pekerjaan, Elauan Pendapatan Berkurangan, Elaun Latihan (kadar Rm30 sehari), Fi Latihan (terhad kepada RM6,000) serta Penempatan Pekerjaan dan Kaunseling Kerjaya,” katanya.

Saravanan berkata, kementerian melalui PERKESO akan sentiasa membantu dan bersedia dengan semua perkhidmatan SIP sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

“Tuntutan Faedah SIP atau bantuan ERP boleh dilakukan di mana-mana pejabat PERKESO yang terdekat di seluruh negara atau melalui permohonan dalam talian di laman web PERKESO (www.perkeso.gov.my).

“Pertanyaan lanjut mengenai tuntutan boleh hubungi Pegawai Perkhidmatan Pelanggan di talian 1-300-22-8000 atau email, perkeso@perkeso.gov.my atau berhubung melalui facebook.com/perkeso.official,” katanya.

Sumber : berita harian online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *