ISU SEMASA

6 bulan penjara kepada sesiapa yang langgar Perintah Kawalan Pergerakan

Jabatan Peguam Negara hari ini menyiarkan Warta Kerajaan Persekutuan Peraturan-Peraturan Penceegahan Pengawalan Penyaakit Berjaangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Janagkitan) 2020 di bawah Akta Penceegahan dan Pengawalan Penyaakit Berjaangkit 1988 (Akta 342).

Warta itu memaklumkan mengenai peraturan-peraturan penting yang perlu dipatuhi sepanjang berlakunya Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin.

Peraturan-peraturan ini berkuat kuasa bagi tempoh mulai 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020.

Menurut warta tersebut, mereka yang melanggar mana-mana peruntukan dalam peraturan ini boleh disabitkan denda tidak melebihi RM1,000, atau penjara tidak lebih enam bulan, atau kedua-duanya.
Sebanyak 22 sektor perkhidmatan penting negara turut disenaraikan dalam perkhidmatan penting negara, termasuk hotel dan penginapan, serta e-dagang.

Terdahulu, sebelum warta ini dikeluarkan hari ini, Seeksyen 11(4) Akta 342 dibaca bersama Seeksyen 24(a) akta sama menegaskan, sesiapa yang melanggar garis panduan Perintah Kawalan Pergerakan boleh dipenjarakan selama dua tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali.

Ini apa yang anda perlu tahu mengenai Peraturan-Peraturan Penceegahan Pengawalan Penyaakit Berjaangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jaangkitan) 2020.

Sumber : astro awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *