ISU SEMASA

117 lagi kes baru C0VID-19 hari ini, menjadikan jumlah kini 790

Malaysia mencatatkan 117 kes positif Co0vid-19 yang baru setakat pukul 12 tengah hari tadi, menjadikan kes keseluruhan meningkat kepada 790 kes, menurut Kementerian Kesihatan.

Menterinya Dr Adham Baba berkata, daripada 117 kes yang dilaporkan itu, 80 daripadanya berkaitan dengan kluster perhimpunan Tabligh di Masjid Seri Petaling.

Ini bermakna Malaysia mencatat lebih 100 kes baru untuk hari keempat berturut-turut.

Terdapat 120 kes baru yang dilaporkan semalam, 125 kes pada 16 Mac dan 190 kes pada 15 Mac.

Sebelum ini, jumlah kes harian tertinggi hanyalah 41, iaitu pada 14 Mac.

Seperti hari-hari sebelumnya, majoriti kes baru hari ini mempunyai kaitan dengan perhimpunan Tabligh, yang diadakan pada 27 Februari hingga 1 Mac lalu.

Ini menjadikan jumlah kes yang mempunyai kaitan dengan perhimpunan itu sekurang-kurangnya 513 kes.

Adham juga memaklumkan terdapat 11 kes positif yang telah pulih dan dibenarkan pulang ke rumah hari ini, menjadikan jumlah pesaakit yang pulih kepada 60.

Sementara itu, seramai 15 pesaakit yang positif Co0vid-19 kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan memerlukan bantuan pernafasan, katanya lagi.

Sementara itu, Adham memaklumkan tentang pewartaan Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjaangkit (Langkah-langkah Di Dalam

Kawasan Tempatan Janagkitan) 2020, susulan perintah kawalan pergerakan yang berkuat kuasa hari ini.

“Peraturan ini menjelaskan perkara yang perlu diambil perhatian dan tindakan oleh orang awam berkaitan dengan perintah kawalan pergerakan bagi membendung penularan jaangkitan Co0vid-19.

“Individu yang melanggar mana-mana peruntukan di bawah Peraturan-peraturan tersebut adalah melakukan satu kesalahan, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi RM1,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya. Peraturan-peraturan ini boleh diperolehi dari laman sesawang Kementerian Kesihatan,” katanya.

Katanya lagi, sepanjang tempoh ini, tiada pelawat dibenarkan ke wad hospital kecuali bagi kes kecemasan dan sangat memerlukan.

“Dalam tempoh ini juga, jika diperlukan, hanya seorang peneman dibenarkan semasa temujanji klinik kecuali untuk pesaakit kanak-kanak atau pesaakit yang memerlukan bantuan atau kes kecemasan,” katanya lagi.

Semalam, Malaysia juga mencatatkan dua kemaatian pertama akibat Co0vid-19, melibatkan seorang paderi berusia 60 tahun di Kuching, Sarawak, dan seorang lelaki berusia 34 tahun yang turut menyertai perhimpunan Tabligh tersebut.

Sumber : malaysiakini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *