ISU SEMASA

Aktiviti surau, masjid termasuk solat Jumaat ditangguhkan bermula 17-26 mac

Semua aktiviti masjid dan surau termasuk solat Jumaat ditangguhkan bermula 17 hingga 26 Mac ini.

Arahan itu turut meliputi solat berjemaah di surau dan masjid-masjid di seluruh negara

Arahan itu dikuatkuasakan di Wilayah Persekutuan dan juga terpakai kepada semua negeri selepas diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Tindakan itu dibuat hasil perbincangan dengan ahli-ahli Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas yang bersidang 15 Mac lalu setelah diberi taklimat oleh Kementerian Kesihatan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas turut menetapkan pengurusan jenaazah orang Islam yang meniinggal dunia akibat Co0vid-19 hendaklah dilaksanakan mengikut keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa MKI kali ke-107 mengenai hukum pengurusan jenaazah orang Islam yang disyaki atau disahkan dijaangkiti viirus Ebooola di Malaysia.

Kelonggaran diberikan sekiranya ada kemungkinan wujud kemudaratan kepada nyawa manusia yang menguruskan jenazah.

Jenazah itu boleh diuruskan melalui prosedur tayamum di atas permukaan beg jeenazah atau pembalut plastik yang membalut jeenazah itu.

Dr Zulkifli berkata, Muzakarah menyerahkan pelaksanaan perkara-perkara yang ditetap itu mengikut pertimbangan pihak berkuasa agama di setiap negeri.

Semua masjid dan surau juga disaran membuat operasi pembersihan dan penyahkuman untuk mengelak jaaangkitan – MalaysiaGazette

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *