ISU SEMASA

“Mereka desak saya minta maaf, tapi kenapa?” – Khalid Samad

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Sama mengakui beliau diseeerang semasa di Terengganu kerana menyebut “Hj Hadi tak centre”.

Mempertahankan kata-katanya itu, bekas Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata, beliau menyebut sebegitu kerana Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu berbangga kerajaan Perikatan Nasional masuk melalui bumbung.

“Dikatakan “hiina tok guru mereka” Mereka desak saya minta maaf. Kenapa?” soalnya dalam ciapan di laman Twitter.

KUALA LUMPUR – 20 JULY,2018.
Minister of Federal Territories Khalid Abdul Samad . Photo by :Low Yen Yeing

Menulis lanjut, Khalid yang membuat laporan polis kerana telah berhadapan dengan provookasi selepas berceramah di Terengganu semalam berkata, adalah tidak bermaaruah masuk ikut bumbung.

Beliau merujuk kenyataan Abdul Hadi baru-baru ini yang menidakkan tuduhan pembangkang bahawa runtuhnya kerajaan Pakatan Harapan adalah disebabkan tindakan UMNO dan Pas bersekongkol dengan sebahagian pemimpin Bersatu dan PKR sehingga terbentuknya kerajaan pintu belakang.

Menurut Ahli Parlimen Marang itu, tindakan Pas adalah berikutan keputusan Tun Dr Mahathir meletakkan jawatan perdana menteri dan sokongan parti itu terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah kerana mahu menyelamatkan keadaan

Minister of Federal Territories Khalid Abdul Samad at his office

Terdahulu dalam ciapannya, Khalid berkata, bukan semua orang Pantai Timur tidak bertamadun seperti puak-puak yang mengecaamnya.

“Alhamdulillah kebanyakan berakhlak mulia. Matlamat perjalanan dan program tercapai.

“InsyaAllah akan ke Terengganu dan Kelantan lagi dengan membawa mesej Islam Rahmat seluruh alam. Bukan Islam saamseng ala Taaliban,” katanya. – MalaysiaGazette

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *