ISU SEMASA

Khalid Samad kena cepuk disebabkan keceluparannya?

Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad dikatakan dipuuukul dan diseeeerang ketika berada di Kuala Terengganu malam tadi.

Beliau dicepuuk dipercayai kerana keceluparannya, menurut Facebook Pengkalan Chepa News.

Difahamkan Khalid berada di sana bagi menyertai jelajah politik, yang turut dikongsikan oleh beliau menerusi FB Live.

Susulan kejadian itu, Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara itu membuat laporan di Bahagian Siaaasatan Jeeeenayah, Ibu Pejabat Polis Kuala Terengganu.

Menerusi Twitter beliau, Khalid berkata, keadaannya okay.

”Alhamdulillah setakat ini ok.

”Budaya politik samseng bawah PN? Tambah pada budaya fiiitnah, khiaanat dan rooompak. Dan dengan bangganya dikatakan “contoh politic islam untuk diikuti dunia Islam”. Dunia Islam dah hancur dengan politik sedemikian. Kita perlu keluar dari budaya hiiina ini,” kata Khalid.

Kejadian itu dipercayai ada kaitan dengan kenyataan berbentuk hinaaaan oleh Khalid terhadap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini.

Khalid didakwa menyatakan Abdul Hadi ‘sudah tidak centre’ (tidak berapa betul) susulan kenyataan Presiden Pas itu yang menyifatkan pembentukan Kerajaan Perikatan Nasional sebagai model politik Islam. – MalaysiaGazette