ISU SEMASA

‘Bantu dulu 13,000 pekerja MAS tanpa gaji, sebelum cakap hal pakaian’ – Syed Saddiq

Ketua Pemuda Bersatu (Armada) Syed Saddiq Abdul Rahman berkata keutamaan perlu ditumpukan terhadap usaha membantu 13,000 kakitangan Malaysia Airlines yang diminta bercuti tanpa gaji, berbanding gesaan mengenakan pakaian patuh syariah terhadap para pekerja syarikat penerbangan nasional itu.

Bekas menteri belia dan sukan mengulas kenyataan Timbalan Menteri Wanita dan Keluarga, Siti Zailah Mohd Yusoff, yang akan mengadakan pertemuan dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Zulkifli Mohamad untuk membincangkan dasar pakaian menutup aurat buat pramugari Islam.

“13000 kakitangan MAS perlu ambil cuti tanpa gaji kerana waaabak Cor00onaviiirus. Ini tidak masuk syarikat penerbangan yang lain.

“Mohon bantu mereka tangani masalah ini dahulu YB. Kebanyakan dari mereka anak muda,” ciap Syed Saddiq di Twitter hari ini.

Syarikat penerbangan di seluruh dunia telah mengalami kerugian teruk berikutan waaabak C00ovid-19 yang melanda dunia. Beribu-ribu penerbangan dibatalkan kerana sekatan perjalanan oleh negara yang dilanda wabaaak tersebut.

Syarikat penerbangan domestik terbesar UK, Airline Flybe menjadi maaangsa pertama waaaabak C00ovid-19 apabila diisytiharkan awal bulan ini dan menjejaskan mata pencarian 2,000 pekerjanya.

13000 Kakitangan MAS perlu ambil cuti tanpa gaji kerana waaabak Cor00onaViiirus. Ini tidak masuk syarikat penerbangan yang lain.

Mohon bantu mereka tangani masalah ini dahulu YB.

Kebanyakan dari mereka anak muda. https://t.co/RGYrrlSY9s

— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) March 14, 2020
Sehingga kini, 141,474 orang telah dijaaangkiti Co000vid-19 di seluruh dunia dengan 5,399 kemaaaatian.

Daripada jumlah tersebut, 80,824 kes dan 3,189 kemaaaatian adalah dari China.

Bagaimanapun, China kelihatan dapat mengawal penularan waaabak tersebut selepas mengambil langkah-langkah drastik selama lebih dari dua bulan, tetapi waabak itu kini semakin mereeebak ke beberapa negara lain di dunia.

Itali mencatatkan 17,660 kes, Iran (11,364 kes), Korea Selatan (8,086 kes) serta beberapa negara Eropah sedang bekerja keras membendung viiirus itu.

Sumber : malaysiakini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *